Pelakon dan pelawak, Zizan Razak ada berkongsi video terbaru menerusi akaun Instagram miliknya.
Video tersebut memaparkan Zizan bersama beberapa orang temannnya baru tiba di sebuah restoran lalu terserempak dengan seorang lelaki yang wajahnya mirip pengarah muzik, Datuk Ramli MS.
View this post on InstagramSombong juga @tokram_ramlims ni ye. Main phone sampai x layan kita. Mari kita kecam beliau.
A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on
“Sombong juga @tokram_ramlims ni ye. Main phone sampai tak layan kita.
“Mari kita kecam beliau,” selorohnya.
Dalam pada itu, Video berdurasi 12 saat itu mendapat perhatian ramai selepas meraaih lebih 500,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.
Malah, video tersebut turut mendapat perhatian tuan empunya badan Datuk Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram.
“Camjadahharam, mana ko jumpe kembor 7 aku tu?” tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian daripada pelakon filem Polis Evo itu.
Terdahu, Zizan kini ada mengacarakan program terbaru berjudul Stage 104 yang bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam hanya di Astro Ria HD (saluran 104) dan Ria (124).
Sumber: Instagram Zizan Razak.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kerja TV Dia Tinggalkan Demi Besarkan Anak-Anak,” – Aidid Marcello Hargai Isteri, Norzi Pak Wan Chek
Personaliti TV popular, Aidid Marcello menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-19 tahun bersama bekas pembaca berita, Norzi Pak Wan Chek.
Menurut Aidid, isterinya itu merupakan teman baik yang sentiasa memberikan dorongan dalam apa sahaja perkara yang diceburinya.
“Dia my bestie. Tempat luah macam-macam. Orang yang tak pernah jemu bagi semangat. Penasihat yang agak garang.
“Kalau bagi pandangan, aku kena tahan telinga dan sabar sebab dia akan cakap dengan ikhlas 100% tanpa jaga hati.
“Kalau bagus, baguslah. Kalau tal bagus, dia komen panas dan bagi idea dan jalan penyelesaian,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program Remaja itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Aidid turut memanjatkan rasa syukur kerana isterinya itu sanggup meninggalkan kerjayanya dalam bidang penyiaran untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap keluarga.
“5 Mei 2005 aku nikah dengan dia. 5 Mei 2024 alhamdulilah empat orang anak.
“Sekarang semua kerja TV dia dah tinggalkan demi nak tengok dan besarkan anak-anak tersayang. Itulah bini aku yang ku sayangi Norzi Pak Wan Chek,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa kagum dengan perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoha Aidid dan Norzi kekal bahagia hingga ke jannah.
“Selamat ulang tahun perkahwinan. Saya sangat berbesar hati dapat menjadi bridesmate semasa perkahwinan kalian pada 2005,” komen pelakon, Che Puan Juliana Evans.
“Kisah yang sangat indah. Selamat ulang tahun perkahwinan Aidid & Norzie,” komen pelakon, Catriona Ross.
“Kak Norzie ini antara figura yang saya kagumi. Selamat ulang tahun perkahwinan. Semoga terus bahagia hingga ke syurga Allah,” komen seorang netizen.
“Ya Allah panjangkanlah jodoh mereka dengan kasih sayang, persefahaman, rezeki yang melimpah dan peluang yang baik serta anak-anak yang soleh dan solehah,” komen seorang lagi netizen.
Terdahulu, sepanjang 19 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayda Jebat & Nabil ‘Berpisah’ 2 Minggu Dengan Ana Nayla, Suami Setia Angkut Bantal Lepas Rindu
Ibu bapa mana yang sanggup berpisah dengan anak lebih-lebih lagi yang masih kecil dan memerlukan perhatian penuh daripada mereka.
Hal itu juga terjadi kepada pasangan selebriti Ayda Jebat, 30, dan Nabil Mahir, 34, yang terpaksa meninggalkan sebentar puteri sulung mereka, Ana Nayla demi tuntutan kerja.
Difahamkan Ayda dan Nabil kini berada di Taiwan kerana terikat dengan penggambaran program di sana selama dua minggu seperti yang dikongsikan mereka di laman Instagram masing-masing.
“Soon Mommy and Daddy Bil tinggalkan baby 15 hari, kerja luar Malaysia. How can we sleep without you baby?”
“Total will be 12 days jauh daripada baby. Baru saya dan @nabilmahir faham perasaan mak ayah yang tinggalkan anak lama dan jauh. Ni baru hari ke 4.. video call je meleleh air mata. Huhu. Mommy and Daddy Bil miss you alot. Sorry baby.
“Korang macam ni jugak tak? Kitaorang bawak bantal and selimut baby,” tulis Ayda di ruangan kapsyen.
Sementara itu, menerusi satu video yang dikongsikan kawan baik Ayda, Ashryyyyy menerusi akaun Tiktok miliknya, memaparkan Ayda dan Nabil dalam keadaan sebak meninggalkan Nayla untuk satu tempoh masa yang panjang.
Malah, ramai netizen turut sebak melihat Nabil turut membawa bantal milik anaknya untuk melepaskan rindu.
“Tadi masa dekat dalam kapal aku macam pelik Nabil keluarkan bungkusan macam bantal yang dibalut baju.
@ashhryyyyyTadi masa dekat dalam kapal aku macam pelik nabil keluarkan bungkusan macam bantal yang dibalut baju. Rupanya bantal @ananaylaofficial untuk dibuat cium kalau rindu. Sedih pulak rasa. Rupanya masa otw nak pergi airport dua dua dah melalak dalam kereta. Macam manalah rasa bila mereka yang kehilangan orang yang tersayang sekelip mata. Nauzubillah mintak dijauhkan, lagi lagi baru je dengar berita pasal pakcik ni anak beliau dimakan buaya. Tengok video tu sangat sedih. Anak kene gigit nyamuk pun kita kejar nyamuk tu sampai dapat ini pulak yang hilang sekelip mata. Semoga kita semua dijauhkan dan dihindarkan segala perkara buruk. Amin
“Rupanya bantal @ananaylaofficial untuk dibuat cium kalau rindu. Sedih pulak rasa. Rupanya masa on the way nak pergi airport, dua-dua dah melalak dalam kereta,” tulis Ashryyyyy.
Sekadar info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia 15 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ayda Jebat, TikTok Ashryyyyy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Yang Ajak, Mereka Gagal…,” – Isyariana Tak Percaya Trading Forex, Lebih Suka Penat Bekerja
2023 boleh disifatkan sebagai tahun yang agak cemerlang buat pelakon, Isyariana dalam perkembangan kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Masakan tidak, baru sahaja muncul menerusi filem Mat Tudung Begins dan Saka Perawan, Isyariana kini bakal membintangi filem terbaharu yang berjudul Gadis Felai.
Malah, pelakon berusia 33 tahun ini juga dikatakan sudah mempunyai tawaran lain selepas selesai penggambaran filem ini. Wah, laku keras ya!
“Rezeki pada hujung tahun ini saya dapat banyak tawaran berlakon filem. Selepas tamat filem ini saya akan sambung filem lain pula.
“Saya berehat hampir lima bulan selepas berlakon dalam satu drama berepisod yang panjang. Bila kembali bekerja, tawaran itu lebih ke filem,” katanya kepada MH.
Bercakap mengenai filem Gadis Felai, Isyariana bakal membawakan watak sebagai seorang pempengaruh yang terpedaya dengan sendiket penipuan ‘trading forex’.
Menurut Isyariana, dia harus membuat kajian mengenai watak tersebut kerana tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang pelaburan pertukaran mata wang asing.
“Saya tak pernah terlibat tapi orang-orang di sekeliling saya ada yang aktif dalam bidang matawang, bitcoin dan sebagainya.
“Jadi, saya tahu sedikit sebanyak bagaimana forex trading ini berfungsi. Dalam filem ini, sebagai seorang yang terlibat di dalam dunia forex, saya kena mengkaji watak ini secara lebih mendalam,” ulasnya.
Isyariana berkata sedemikian ketika ditemui di majlis doa selamat filem Gadis Felai yang berlangsung di Ampang, Selangor pada Ahad.
Dalam pada itu, Isyariana memaklumkan dirinya lebih selesa penat bekerja daripada melaburkan wangnya ke sumber yang tidak diketahui.
“Saya pernah diajak tapi saya menolak. Saya seorang yang amat menjaga kewangan dan tak suka berbelanja secara berlebihan. Jadi, saya tak pernah rasa nak mencuba.
“Sejak daripada zaman MLM lagi, ramai yang cuba mendekati tapi saya hanya mendengar sahaja. Mereka gagal mempengaruhi saya
“Sejujurnya, saya tak percaya dengan cara mendapatkan duit secara mudah ini. Saya lebih suka bekerja. Jadi, saya tahu sumber itu datang daripada mana.
“Bila dapat duit dengan mudah , hati saya jadi tak senang. Mungkin saya juga terlalu berjaga-jaga dalam kehidupan,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Isyariana akui teruja apabila bakal bergandingan dengan hero daripada Indonesia, Renald Ramadhan di dalam filem Gadis Felai ini.
“Kami baru berjumpa hari ini (Ahad) tapi dia sudah pun mengambil berat tentang tangan saya yang cedera. Kami sudah pun ‘break the ice’.
“Saya amat bersyukur kerana saya memang sudah lama berhasrat nak berlakon dengan pelakon Indonesia.
“Alhamdulillah, ini merupakan rezeki saya untuk bekerjasama dengan produksi dua negara.
“Jalan cerita filem ini amat kuat dan impaknya sangat besar. Jadi, saya berharap agar filem ini dapat diterima di kedua-dua buah negara,” akhirnya.
Gadis Felai ini merupakan filem pertama arahan Zamri Zakaria yang sebelum ini terkenal menerusi drama Melur Untuk Firdaus.
Filem ini turut mebariskan barisan pelakon seperti Azrel Ismail, Norkhiriah, Zaryn Min dan seorang lagi pelakon Indonesia, Tsania Marwa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Isyariana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI