Pengacara popular, Nana Mahazan mengakui, dia sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak berlakon kerana sedar diri.
Katanya kepada MH, janji yang dibuat itu sudah dipegangnya lebih 11 tahun.
“Saya pernahlah dulu berlakon watak-watak kecil. Saya pernah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak berlakon lagi
“Saya pegang janji itu lebih 11 atau 12 tahun lebih kurang, lama. Bukan merajuk, tapi sebab ‘kau kayu ya’ dan kau sedar diri,” kongsinya secara seloroh.
Bagaimanapun pengacara program Mentor 7 ini mengakui masih ada menerima tawaran untuk berlakon drama, beberapa tahun lalu. Cumanya dia sukar untuk menjadi orang lain selain menjadi diri sendiri.
“Adalah beberapa tahun lalu ada tawaran berlakon drama, tapi saya beritahu diri sendiri, ‘tak mahulah dan tak nak bodohkan diri sendiri’ sebab saya tak boleh nak jadi orang lain selain diri sendiri.
“Tapi saya baru dapat pelawaan satu tawaran daripada Darling Ngasri, penggambaran dalam Januari depan.
“Cuma masih lagi belum buat keputusan, masih dalam perbincangan. InsyaAllah kalau tahun ini saya mahu cabar diri, tengoklah tahun depan macam mana, kalau keluar rumah saya kena pastikan dia berbaloi,” kongsi hos program Pesona Pengantin ini lagi.
Ditanya sama ada suami turut memberi kebebasan buatnya dalam mengembangkan kerjaya, ibu kepada dua anak ini menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai yang memahami.
“Dia seorang yang sangat menyokong sejak hari pertama lagi kami kenal. Bahkan dia jugalah yang jadi ‘pengkritik tetap’, tegur sama apa yang boleh diperbaiki,” jelas Nana.
Terdahulu, bekas pelajar Akdemi Fantasia musim pertama ini pernah terlibat menerusi filem Gengster dan Maut.
Foto: Instagram Nana Mahazan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI