Pelakon, Shukri Yahaya meluahkan rasa bengang terhadap pelakon baru yang melakonkan adegan ‘pukul’ secara membuta tuli.

Katanya, dia faham akan keterujaan pelakon baru untuk menunjukkan bakat lakonan mereka, tetapi hendaklah berpada-pada supaya tidak memudaratkan orang lain.

Rasa bengang tersebut telah diluahkan oleh Shukri menerusi IG story miliknya.

 

“Kau Nak Aku Lempang Terajang Kau,”- Shukri Yahaya Sound Pelakon Baru Ini Sebab Apa?

Ads

“Harap lepas ni producer/direktor carilah pelakon baru/extra yang boleh berlakon, jangan menyusahkan semua. Aku tahu kamu yang baru mahu menunjukkan yang kamu boleh berlakon. Takkan scene kene marah, scene pukul kau nak pukul betul-betul.

“Mampus la orang yang kena tu. Kalau kau dekat tempat orang tu pun lunyai kau kena. Aku scene pukul gaduh jerit marah semua aku dah buat tapi takdelah sampai mampus orang tu.

Ads

“Kata berlakon dengan orang hebat-hebat? Ye, betul amek emosi hebat mereka, belajar tekniknya. Harap cikgu yang mengajar bukan setakat mengajar masukkan roh itu, ajar sekali teknik cameranya,” tulisnya.

“Kau Nak Aku Lempang Terajang Kau,”- Shukri Yahaya Sound Pelakon Baru Ini Sebab Apa?

Ads

Tambah Shukri, para pelakon baru bukan sahaja harus menguasai teknik emosi malah mereka juga hendaklah mahir dengan teknik kamera.

“Belajar cari kamera, teknik lempang, teknik pukul, semua ada teknik sayang. Kau setuju ke aku lempang tendang terajang kau betul-betul? Shotkan banyak dalam satu scene?

“Satu sceen kalau ada 10 shot, 10 kali kau nak lempang terajang orang tu? Atau kau kena? Pelakon yang bagus adalah pelakon yang bijak,” katanya lagi.

Bagi MH, ada betul juga apa yang diperkatakan oleh Shukri itu. Dalam keterujaan kita melakon sesuatu watak, soal keselamatan haruslah diberi keutamaan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI