Pengacara dan penyampai radio, Radin menafikan dakwaan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai ‘kaki flirt’ kerana sering dilihat meninggalkan komen di Instagram kebanyakan artis wanita.

Menurut Radin, dia hanya mahu membina reputasinya bersama selebriti atas dasar kerja.

Pada masa sama, bintang radio ini juga turut mengakui dirinya seorang yang peramah dan gemar mencari rakan baru.

“Sebenarnya banyak yang saya komen dekat gambar artis wanita kerana saya punya show dekat radio saya temu ramah artis.

“Kadang diorang nampak bila saya komen artis perempuan je bila artis lelaki mereka tak nampak pun. Di situ mereka nampak saya ni macam nak try diorang nak flirt.

IKLAN

“Saya merupakan seorang yang peramah dan kerja saya adalah untuk bina reputasi sesama artis.

“Kadang-kadang orang triggered kata saya ni semua orang saya nak try tapi itulah kerja saya dan tak salah untuk saya berkawan dengan rakan-rakan selebriti yang lain,” katanya memberi penjelasan.

IKLAN

Radin berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan majlis pengenalan pengacara baru program Mingguan Wanita musim terbaru.

Dalam pada itu, penyampai radio Era itu turut mengakui dirinya kini sedang mengenali hati budi seseorang.

IKLAN

Terdahulu, Radin telah diperkenalkan sebagai salah seorang pengacara tetap Mingguan Wanita dan akan mengendalikan segmen ‘Makanan & Travelog’.

Mingguan Wanita Musim ke-2 akan mula bersiaran pada 8 Julai 2019 secara ekslusif di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Turut sama menyertai famili Mingguan Wanita musim ini ialah Siti Elizad, Erra Fazira, Sherry Al Hadad dan Norman Hakim.

https://www.instagram.com/p/By6vSRoDnEr/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI