“Kau Pertemukan Jodoh Terbaik Buat Diriku, Mungkin Dah Tiba Masanya,” – Daiyan Trisha

Share

Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha yang kini berada di tanah suci bagi menunaikan umrah berkongsi beberapa momen sepanjang keberadaannya di sana.

Salah satu perkongsian yang menarik perhatian peminat ialah doa jodoh yang titipkannya ketika berada di Jabal Rahmah.

Kongsi Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, dia mohon semoga dipertemukan jodoh yang terbaik.

“Jabal Rahmah is the place where Nabi Adam and Siti Hawa were finally reunited for the first time on earth after being separated for hundreds of years.

“So they say, kalau nak minta jodoh, kat sini lah tempatnya. Well don’t mind if i do.

“Ya Allah Ya tuhanku, semoga Kau pertemukan jodoh yang terbaik buat diriku. Mungkin dah tiba masanya. Aminkan cepat! Ok bye,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 30,000 tanda suka bersama iringan ucapan yang baik-baik buat bintang berusia 29 tahun ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH