Bekas penyanyi dan pelakon, Zul Handy Black mengakui pernah menerima kritikan atau menerima kata-kata negatif apabila menyampaikan dakwah.

Menerusi akaun Instagram, Zul ada berkongsi pengalaman dan cabaran yang dilalui. Malah. Zul turut senaraikan reaksi yang diberikan mereka andai ditegur.

“LAA ILAAHA ILLALLAH

bila tegur, banyak respon yang berbunyi :

1. Macam kau sorang masuk syurga.

2. Kubur masing masing.

3. Kau pun dulu teruk jugak.

IKLAN

4. Siapa kau nak tegur orang.

Dannn macam macam lagi la.

“Aku buat, sebab Nabi saw suruh buat kerja dakwah. Sampaikan walaupun sebaris ayat.

“Dakwah datang dengan pelbagai gaya, corak, bentuk dan kaedah.

Sahabat Nabi, ada yang berlembut, ada yang berkeras.

“Yang nak terima walaupun telinga bernanah dan hati berdarah, tu tandanya iman masih ada, dan Allah masih sayang, nak kita berubah ke arah yang lebih baik.

“Yang taknak terima tu…baiklah, aku bukan nak merampas keseronokan korang…tapi nanti, di akhirat, jangan aku dituntut apa apa lagi…,” tulisnya.

Jelas Zul atau nama sebenarnya Nurzul Suphia’an Sa’ban menyampaikan dakwah ini adalah satu tanggungjawab yang amat penting bagi dirinya sebagai umah islam.

“Sebab di dunia ni, aku dah cuba dan berusaha jalankan tanggungjawab aku…

Niat aku takde lain.

“Selain dari nak ajak seramai ramai manusia untuk sama sama berusaha untuk ke syurga Allah. Niat dakwah…LAA ILAAHA ILLALLAH…,” tulisnya lagi.

View this post on Instagram

☝ LAA ILAAHA ILLALLAH 🔸bila tegur, banyak respon yang berbunyi : 1. Macam kau sorang masuk syurga. 2. Kubur masing masing. 3. Kau pun dulu teruk jugak. 4. Siapa kau nak tegur orang. Dannn macam macam lagi la… Aku buat, sebab Nabi saw suruh buat kerja dakwah. Sampaikan walaupun sebaris ayat. Dakwah datang dengan pelbagai gaya, corak, bentuk dan kaedah. Sahabat Nabi, ada yang berlembut, ada yang berkeras. Yang nak terima walaupun telinga bernanah dan hati berdarah, tu tandanya iman masih ada, dan Allah masih sayang, nak kita berubah ke arah yang lebih baik. Yang taknak terima tu…baiklah, aku bukan nak merampas keseronokan korang…tapi nanti, di akhirat, jangan aku dituntut apa apa lagi…sebab di dunia ni, aku dah cuba dan berusaha jalankan tanggungjawab aku… Niat aku takde lain…selain dari nak ajak seramai ramai manusia untuk sama sama berusaha untuk ke syurga Allah… Niat dakwah… ☝ LAA ILAAHA ILLALLAH…

A post shared by Da'i Allah swt (@zulhandyblack) on

Foto: Instagram Zul Handy Black