Pelakon dan anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi berang dengan tindakan seorang pelakon baharu yang dikatakan meminta bayaran tidak masuk akal untuk berlakon di dalam satu muzik video.
Jelas Eric, permintaan pelakon tersebut sememangnya tidak wajar meskipun namanya kian popular selepas membintangi sebuah drama popular.
“Kau berlakon pun menumpang cerita yang viral tapi nama kau pun tak hype mana. Kau punya minta payment tu untuk satu muzik video minta sampai lima angka.
“Tak lama lah kau. Masa diorang sebut nama kau pun aku tak kenal sangat tapi kita nak bagi peluang dekat artis-artis baru ni untuk berkembang,” tulisnya.
Ads
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Mencari Rahmat itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Pada masa sama, Eric turut menyifatkan sikap yang ditunjukkan oleh pelakon berkenaan hanya akan menjejaskan periuk nasinya sendiri pada masa akan datang.
Ads
“Maaflah, kau punya feeling-feeling tu membantutkan karier kau. Nak letak payment tu biarlah berpatutan. Cuba kaji average kos produksi dan rate artis yang relavan sikit,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, sehingga kini, Eric masih belum mendedahkan gerangan artis yang dimaksudkannya itu.
Ads
Dalam perkembangan lain, Floor 88 baru sahaja bergabung dengan band popular Indonesia, Wali untuk mengadakan konsert bersama di Kuala Lumpur pada Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Eric Fuzi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof apabila rumah tangga yang dibina dilanda badai dan diuji dengan kehadiran orang ketiga iaitu penyondol Ira Kazar yang kini merupakan isteri kedua dan juga madu kepada Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
Sejak kes ini tular di media sosial, ramai yang mula membuka mata melihat ketabahan seorang Puteri Sarah demi membesarkan kedua cahaya mata yang masih kecil tanpa kehadiran sosok yang dipanggil sebagai suami, ekoran suami yang sedang asyik dibuat cinta bersama wanita lain.
Justeru, enggan terus dibelenggu dan dihimpit duka, Sarah bangkit dan menuntut hak yang selayaknya. Malah, perjalanan hidup serta kisah peribadi sebenar Puteri Sarah dan keluarga yang tidak pernah diceritakan kepada umum sebelum ini telah diterbitkan menerusi satu naskah buku hasil tulisan Emi Anvepa.
Puteri Sarah: Terus Melangkah!
Buku pertama berkisarkan tentang kehidupan seorang ‘Supermom’ Puteri Sarah Liyana ini amat unik dan istimewa kerana penuh dengan singkapan peristiwa, tragedi, momen-momen dan saat jatuh bangun Sarah dari dulu hingga sekarang.
Malah, Hijabista difahamkan bahawa, buat julung kalinya menerusi naskah ini, keluarga Sarah telah ‘membuka mulut’ dan mendedahkan sisi sebenar Sarah, termasuk kehidupan dan perjalanan inspiratif figura hebat ini yang tidak diketahui banyak orang.
“Sarah berharap buku ini menjadi naskhah panduan istimewa buat semua wanita di luar sana. Sebagaimana tajuk buku Puteri Sarah: Terus Melangkah, Sarah mahu mereka tidak berdiam diri, tidak mengalah, tetapi terus berjuang dan melangkah meneruskan kehidupan seperti Sarah,” ujar Sarah.
Sarah berkata demikian pada perlancaran bukunya itu, yang berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Turut bersama pada pelancaran ini adalah Reina Lum selaku editor dari sudut pandangan undang-undang dan juga penulis utama buku merangkap pengurus serta kawan rapat Sarah, Emi Anvepa.
Air Mata Penulis Gugur Berkali-Kali Ketika Menulis Naskah Ini!
Ketika diminta mengulas berkenaan naskah istimewa ini, Emi berkata menulis buku ini bagaikan meluahkan isi hati dan melepaskan apa yang terbuku dalam diri sejak mengenali Sarah dan menyaksikan sendiri penat jerih yang di lalui, sepanjang 5 tahun mengenalinya.
“Saya mengenali Puteri Sarah bukan sahaja sebagai pengurusnya, tetapi juga sebagai kawan rapat yang melihat sendiri pengorbanan Puteri Sarah sebagai anak seni. Jadi saya sangat memahami apa yang telah dilalui Puteri Sarah.
“Bila terpaksa imbau kembali saat-saat memori lama ketika menulis buku ni, saya menangis berkali-kali,” kata Emi yang menganggap penulisan buku ini adalah terapi baginya selepas sekian masa menyelami perasaan Puteri Sarah, terutamanya dalam menghadapi masyarakat yang ‘judgemental’.
Justeru, Emi berkata ketika menulis buku ini, dia memberikan jawapan kepada pelbagai soalan dan komen netizen di media sosial yang sebelum ini tidak terjawab. Dalam masa sama, memberi ilmu berhubung ‘Legal Education Advocate’.
Jelasnya lagi, dirinya begitu teruja dapat bekerjasama dalam penghasilan buku ini, kerana yakin buku Puteri Sarah ini dapat membantu memperkasa kaum wanita diluar sana.
“Dalam video di media sosial saya selalu tekankan wanita perlu berani dan bijak dengan melengkapkan diri dengan ilmu, kerana dengan ilmu inilah kita membina keyakinan dan keberanian dan Puteri Sarah adalah antara contoh terbaik.
“Saya yakin buku ini boleh menjadi rujukan kepada wanita untuk terus berjuang dan menyedari bahawa walau apapun keadaan dan cabaran kita, jangan mengalah, selagi kita terus melangkah, kita belum kalah,” ujarnya.
Sekadar info, buku keluaran Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd ini sudah dibuka untuk jualan ‘pre-order’ di laman web puterisarahliyana.com dengan harga promosi RM39.90 bagi 500 naskhah pertama dan akan promosi akan tamat pada hari ini 31 Mei 2023. Harga asal adalah buku ini bernilai RM49.90.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terkejut, itulah perasaan yang hadir selepas mengetahui kisah seorang pelajar tingkatan tiga yang melahirkan seorang bayi perempuan di surau sekolahnya.
Bingung memikirkan bagaimana seorang gadis berusia 15 tahun itu boleh melahirkan anak di dalam kawasan sekolah.
Menurut Sinar Harian, kes yang berlaku di salah sebuah sekolah yang terletak di Jempol, Negeri Sembilan ini telah memeranjatkan pihak pengurusan sekolah apabila pelajar tersebut ditemui terbaring di surau dan terdapat bayi di dadanya.
Deputi Superitendan Azham Shah Azlan yang merupakan Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol berkata, awalnya pihak pengurusan sekolah berkenaan telah menghubungi Hospital Jempol untuk memaklumkan tentang pelajarnya sekolahnya yang ditemui pengsan kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
“Pelajar itu bagaimanapun selamat namun keadaan agak cemas apabila urinya masih berada di dalam rahimnya.
“Dia telah dibawa ke Hospital Jempol namun akan dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan lanjut. Ketika ini keadaan pelajar tersebut stabil,” katanya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol itu berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan seorang pelajar lelaki sekolah juga turut ditahan bagi membantu siasatan.
“Kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya susulan kes masih dalam siasatan polis selain tidak menularkan sebarang maklumat berkaitan,” katanya.
Siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak berkuasa jadi diharapkan tiada pihak yang membuat sebarang andaian tentang kes ini.
Sumber: Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Legenda TV dan filem Hollywood, Richard Chamberlain, disahkan meninggal dunia pada hari Sabtu yang lalu di Hawaii akibat komplikasi selepas diserang strok.Menurut jurucakapnya, Harlan...