Mahu hargai isteri, Datuk Seri Aliff Syukri telah menghadiahkan sebuah rumah baru buat Datin Seri Nur Shahida.
Bagaimanapun, menurut Alif, dia tidak dapat membuat kejutan buat seterusnya untuk sama-sama melihat kediaman yang baru dibeli kerana perlu menjalani kuarantin di rumah berikutan adiknya yang telah disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
“Lawa tak? Suprise utk wife yg tak kesampaian. Sedih sangat sepatutnya saya melihat rumah yang saya nak hadiah kan ini dengan @shahidadherbs tetapi sebab adik dia @shaiful_rashid kena positif covid-19, dia x leh keluar dr rumah atas arahan kkm,” tulisnya pada ruangan IG TV.
Mengakui perlu bijak dalam berbelanja, pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi dan pelakon ini turut menambah, rumah tersebut dihadiahkan buat isteri sebagai satu penghargaan istimewa.
“Nak senang untuk berjaya kita kene bijak berbelanja jangan terlalu hayal dengan membeli barang-barang yang tidak berfaedah.
Ads
“Bagi saya propety adalah aset yang tak pernah jatuh harga sebab itu saya menghadiakan untuk isteri saya. Rumah ini saya belikan untuk dia tanda penhargaan saya dengan dia. Semoga dia gembira.
“Oleh itu kami senang dan susah bersama-sama.. tag suami korang hadiahkan rumah lagi untung,” tulisnya lagi.
Sementara itu, video yang dikongsi antara turut turut membawa penonton melihat sekitar kediaman yang terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor itu.
“Kau rasa? Ini untuk isteri saya, jadi saya harap isteri saya suka. Sepatutnya dia ada tapi hari ni dia sibuk.
“Hari ni kita nak tengok rumah untuk isteri saya. Kalau korang tengokkan, dia punya laluan memang cantik, tenang saja. Syukur alhamdulillah, saya sudah beli rumah ini sebanyak tujuh unit.
Ads
“Semoga isteri saya suka, amin,” katanya menerusi video berdurasi lebih dua minit itu.
Lalu, entri tersebut turut dihujani pelbagai komen dan masing-masing tumpang gembira dengan kejutan yang dibuat untuk yang tersayang.
Isteri kepada pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub menjelaskan sepotong video pendek yang memaparkan dia tidak mengenakan tudung yang dimuat naik di Insta Story Instagram, sebelum ini adalah rakaman lama sebelum dirinya berhijab.
Zira atau nama sebenarnya, Nazirah Ayub mengakui Nabil tak sengaja berkongsi video tersebut yang sekali gus mencetuskan tular.
‘Terpost’ Rakaman Lama
“Instagramkan selalu keluar gambar -gambar yang lama (throwback), jadi mungkin ia ‘terpost’ kot… Sebab (video) dah lama kan. Jadi saya enggan bercakap sebab nanti jadi perkara lain pula.
“Sebab tahun lalu pun kami ke London dan berkunjung ke lokasi yang sama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Duta Jakel 2025 di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Pada majlis itu, Nabil sekeluarga dilantik menjadi duta bagi jenama berkenaan bersempena dengan kempen raya tahun ini di samping beberapa selebriti lain.
Tak Mahir Menggunakan MedSos
Dalam pada itu, Nabil mengakui dia tidak berapa mahir menggunakan media sosial menjadi punca dia tanpa sengaja memuat naik video lama isterinya tidak bertudung.
“Saya tak reti, tak tahu macam mana boleh termuat naik video lama itu. Iyalah selama ini isteri yang jaga akaun media sosial saya,” jelasnya lagi.
Malah perkara tersebut turut diakui Zira.
“Dia memang tak reti, buat video ke… dia tak reti. Nabil lebih senang untuk meminta saya untuk ambil atau sunting video di media sosial,” jelasnya.
Nabil bagaimanapun akan lebih berhati-hati menggunakan media sosial kerana risau anak-anak terkena tempias sekiranya terjadi perkara sama selepas ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan tindakan seorang guru difahamkan membaling buku kepada pelajar hingga terkena anak saudaranya, yang dikenali sebagai Iqie telah mencetuskan kemarahan kepada dirinya.
Malah, ada peminat yang turut tidak berpuas hati dengan tindakan guru berkenaan yang dikatakan agak keterlaluan.
Pada masa sama, bintang Nur 2 ini mengakui terkejut dengan apa yang berlaku memandangkan ia adalah kejadian pertama kali seumpamanya berlaku terhadap mana-mana ahli keluarga.
“Sudah pastilah saya terkejut sebab pada awalnya bagi saya semua orang pernah kena hukum dengan guru sekolah masing-masing. Akan tetapi bagi saya cara yang boleh digunakan adalah rotan atau denda bagi murid bermasalah.
“Bukanlah sampai tahap baling buku hingga menyebabkan kecederaan. Ia mencetuskan kemarahan saya kerana tidak pernah lagi terjadi kepada mana-mana ahli keluarga,” jelas Eyra.
Kongsinya lagi, dia telah membuat laporan polis terhadap insiden berkenaan.
“Alhamdulillah guru terbabit sudah pun mohon maaf tetapi kami tetap membuat laporan polis supaya guru itu tidak lagi mengulangi perkara sama.
“Meski difahamkan guru tersebut mahu baling buku kepada pelajar lain, tetapi perkara itu tetap tidak sepatutnya berlaku,” kongsi Eyra yang turut bimbang ia hanya akan menyebabkan trauma kepada para pelajar lain.
Terdahulu Eyra ditemui di Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Pada malam kemuncak itu, bintang Mr.Grey ini diumumkan sebagai Artis Baru MeleTop.
Beberapa minggu lalu, bintang muda ini ada mempersoalkan tidnakan seorang guru yang cuba menghukum pelajar sehingga menyebabkan kecederaan. Perkongsian yang menimbulkan reaksi pelbagai netizen itu diluahkan Eyza menerusi laman Twitter.
Foto: Instagram/Twitter Eyra Hazali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit yang terkenal di kalangan selebriti, Fadzil Teh atau lebih sinonim disapa Haji Zil ada memuat naik status di media sosial.
Penerbit prolifik itu membayangkan pada tahun hadapan, stesen televisyen dan kebanyakan penerbit akan memburu pelakon, Zahirah MacWilson.
Difahamkan, status tersebut dibuatnya selepas mengikuti drama rantaian terkini lakonan Zahirah, Curi-Curi ini yang bersiaran menerusi Astro Ria di slot MegaDrama.
Penerbit tersebut juga ada memuji kualiti lakonan anak kepada pelakon senior, Zainol MacWilson itu di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-ratanya memberikan respon positif terhadap apa yang dikongsikan. Malah, Zahirah juga dilihat turut meninggalkan komen terhadap entri berkenaan menerusi Instagram.
Drama yang merupakan adaptasi novel itu memulakan siarannya sejak 29 April lalu dan hingga kini mendapat reaksi baik di kalangan pencinta drama tempatan. Selain Zahirah, Curi-Curi Cinta turut menampilkan Aiman Hakim Ridza, Talha Harith, Fauziah Nawi, Uyaina dan ramai lagi.
Foto: Instagram Haji Zil, Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Apich Lo ralat apabila perjalanannya di program realiti Big Stage Alpha terhenti di minggu pertama sekali gus gagal meloloskan diri ke ‘Big 12’.