“Kau Tak Kan Call Dah Aku…,” – Pengurus Ada Sebut Namanya Sebelum Meninggal Dunia, Kapsyen Azza Elite Buat Ramai Sebak

Share

Berkongsi rakaman terakhir bersama pengurus, yang dikenali sebagai Nazri, Azza Elite meluahkan rasa sebak selepas pemergian sahabat baiknya itu semalam.

Walaupun sering ‘bergaduh’ manja, namun itulah momen yang paling dirindui anggota Elite berkenaan.

“Dia ckp kaki saya busuk so !! kaki ko la busuk. Aku speecless. Aku kan selalu marah ko. Tapi ko meminte. Smlm ko tido ke tu.. pakai baju ni jugok. Rehat la @nazrielite nama pun nk da elite kt blkng.. pape ntah.. hik hik.

“Ko x kan call dah aku. Ko x kan wassup 999 kali dah kt aku. Smlm last pun ko sebut nama aku kt azli sblm jatuh.

“Gemok.. aku sedih la.. sapa nk kawan aku .. sapa nk gaduh dgn aku and @farahhidayuuu lg .. sapa nk gado dgn aku and @ashakarim_ and @naniekarim.

“Sape nk pakai brg kita org lg sesuka hati dow @hazwanshahs dgn brg acap .. dgn fara!

“Rehat tau! mcm tido ko kan.. sikit pun x kerut ke apa. Selamat tinggal gemok ku .

“Tq tolong aku jaga mak enon marissa .. masa aku sorang sorang dulu.. .tq jaga adam walaupun ko tido kt sblh gerammmm je aku tp dpt jugak bideo call smlm sblm kau pg ko nk sgt tgk adam
@khiriah17 makasih g anto suben mu smlm


@abby_abadi112 tq b and en jai dtg memalam teman nazri dgn kami semua.

“Alfatihah. Terima kasih kerana menyimpan segala memori segala rahsia kak za kak ti fiza and elite tersimpul di bawa mati,” tulisnya panjang lebar.

Al-Fatihah dan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.

Foto – Instagram Azza Elite

Published by
Noraini Abd Wahab