Filem Tentang Bulan arahan pengarah terkenal, Ahmad Idham yang diterbitkan pada tahun 2006 merupakan salah sebuah filem yang masih malar segar sehingga hari ini.
Masakan tidak, filem yang rata-ratanya membariskan pelakon kanak-kanak seperti Aedy Ashraf, Erin Malik dan Fatin Afeefa itu nyata telah meninggalkan kesan yang mendalam di hati para penonton.
Terbaru, menerusi perkongsian di aplikasi Tik Tok, seorang individu secara berseloroh memberitahu dirinya sukar untuk menerima kenyataan yang Aedy kini sudah pun bergelar pelakon dewasa.
Menurut individu tersebut, di matanya, dia masih lagi melihat Aedy sebagai pelakon kanak-kanak meskipun sudah kerap lagi membawakan watak sebagai hero atau lelaki dewasa.
“Takde, kau masih lagi Mawi Tentang Bulan walaupun kau berlakon jadi orang dewasa.
“Kau tetap Mawi Tentang Bulan yang naik basikal dulu. Walaupun kau naik kereta, kau masih budak-budak. Dekat mata aku kau masih lagi kecil,” selorohnya.
Video berdurasi hampir 30 saat itu turut mendapat perhatian ramai pihak sehingga meraih lebih 800,000 jumlah tontonan.
Ads
Malah, Aedy juga turut memberikan responnya terhadap video tersebut.
“Ala, bagi chance la,” balas Aedy.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menzahirkan rasa rindu terhadap ke semua pelakon filem Tentang Bulan.
Ads
“Dia macam tak boleh terima kenyataan yang Mawi Tentang Bulan dan boleh kahwin.
“Kam best kalau ada Tentang Bulan 2.0. Semua dah besar.
“Mawi tahu tak Ila dah cantik sekarang.
“Ingatkan aku sorang je yang fikir macam ni. Sama macam Fimie Don dan pelakon Hikayat Putra Syazlan.
Ads
“Masih tak percaya Mawi dah besar,”antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Aedy kini sedang membintangi drama terbarunya yang berjudul Kerana Cinta Itu Ada yang turut menampilkan pelakon dan penyanyi terkenal, Nabila Razali.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima hampir 900,000 kali tontonan bersama puluhan ribu tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Razali Sheldon & Instagram Aedy Asyraf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyanyi kumpulan nasyid Saujana yang kini bergelar usahawan berjaya, Dr Idzu Baharin yang menerima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class) pada konvokesyen European International University, Paris cawangan Kuala Lumpur dan International Institute of Wellness & Aesthetic Medicine, baru-baru ini.
Idzu Baharin, 42, atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin dianugerahkan susulan kejayaan serta pencapaian baiknya dalam bidang Professional Diploma in Advanced Aesthetics, Assured by City & Guilds of London Institute.
Idzu berkata, usia bukan halangan untuk dirinya atau sesiapa saja menuntut ilmu sekali gus memajukan diri dan menjadi inspirasi kepada orang lain.
“Dengan anugerah dan pencapaian diraih ini, saya ingin membukitikan usia bukan penghalang untuk terus menuntut ilmu. Malah generasi muda tidak sepatutnya pernah berhenti belajar atau putus asa walaupun sudah berusia atau sudah berjaya dalam apa peringkat pengajian sekali pun.
“Ilmu ini sangat luas dan kita mesti sentiasa dahagakan ilmu. Jadi, adik-adik atau sesiapa saja mungkin cara pembelajarannya lain sikit dengan adanya media sosial. Tapi jangan anggap ilmu itu sudah tidak penting. Ilmu dan sistem pendidikan masih lagi penting,” katanya.
Pemilik syarikat Cell Tissue Sdn Bhd ini turut menambah, teknologi yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam apa juga perkara termasuk pembelajaran.
“Kita perlu menjadikan teknologi yang ada sekarang ini sebagai pelengkap dan bukannya pilihan. Keduanya mesti ada.
“Pembelajaran secara formal perlu ada dan dalam masa sama penggunaan teknologi juga perlu ada. Kemudian barulah kita boleh tingkatkan taraf diri, pencapaian dan kejayaan,” katanya lagi.
Terdahulu, pernah melancarkan single berjudul Ku Serah hasil ciptaannya bersama Ahmad Jeffny berkonsepkan ketuhanan dengan sedikit eleman R&B terbitan Kharisma Music.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkahwinan pelawak terkenal Indonesia, Sule bersama model dan pengacara, Nathalie Holscher kini berada di penghujung apabila Nathalie telah memfailkan perceraian pada tanggal 3 Julai 2022 di Pejabat Pengadilan Agama Cikarang, Jawa Barat.
Pasangan ini berkahwin pada 15 November 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Adzam Adriansyah Sutisna yang lahir pada 15 November 2021.
Menurut sumber, permohonan cerai itu disahkan pada 5 Julai 2022 dengan nombor pendaftaran 2145. Selain memfailkan perceraian, Nathalie turut menuntut hak penjagaan penjagaan dan nafkah satu-satunya anak mereka itu.
Sidang mahkamah pertama untuk kes perceraian di antara pasangan terkenal ini akan berlangsung pada 20 Julai 2022 yang akan datang.
Sule sebelum itu sudah memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan allahyarham Lina Jubaedah yang meninggal dunia pada 2018. Antara anaknya ialah penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian.
Sebelum ini tersebar tentang masalah ketidakserasian di antara Nathalie dan salah seorang anak tirinya, Putri Delina. Ada yang menyatakan ketidakharmonian yang terjadi di antara mereka yang berlarutan menjadi punca Nathalie memfailkan perceraian.
Namun begitu, apabila dihubungi wartawan mengenai perceraian ini, mereka tidak memberikan sebarang respon dan mengelak untuk berbincang tentangnya kepada umum.
Menerusi tinjauan MH ke laman Instagram Nathalie, wanita berusia 29 tahun itu telah memadam hampir kesemua gambar bersama Sule.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.