Pelakon, Tiz Zaqyah menyelar tindakan segelintir individu yang disifatkan gemar bertanya mengenai soal perkahwinan kepada orang lain.
Menurut Tiz, dia kini selesa dengan statusnya sebagai bujang kerana dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga.
“Sibok sangat “bila nak kahwin.” Kau yang dalam fucked up marriage, jangan bitter kat kami bujang ni.
“I’m lucky, i’m happy to have breakfast everyday with my parents. With my family.
“So shut up,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Sara Sajeeda itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Tambah Tiz lagi, sebagai orang yang telah berkahwin, mereka sepatutnya tidak perlu berasa iri hati dengan kehidupan orang bujang masa kini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan bintang terbabit.
Terdahulu, selain aktif berlakon, Tiz juga kini dilhat sibuk mempromosikan produk kesihatan.
Sumber: Twitter Tiz Zaqyah