Pempengaruh media sosial terkenal Indonesia iaitu Saal Haerid, mengungguli anugerah utama All Asia Influencers Award (ASIA) 2024, sekali gus melakar sejarah dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$10,000, trofi eksklusif, dan pakej percutian mewah ke Dubai.

Tempat kedua pula dirangkul Abyan Calief juga Indonesia yang membawa pula trofi, wang tunai AS$5,000 dan percutian ke Dubai manakala pempengaruh Malaysia, Imranul Effendi membawa pulang trofi, wang tunai AS$3,000 dan percutian ke Dubai.

Kemenangan berkenaan diumumkan pada malam kemuncak ASIA2024 yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Hotel Flamingo, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Selain anugerah utama, Saal turut meraih kategori Kategori Ciptaan Kandungan Terbaik yang melayakkannya membawa pulang trofi dan wang tunai AS$1,000.

Bagi kategori Suntingan Terbaik pula telah disandang oleh Herony dari Filipina dan Karya Ulasan Makanan Terbaik menjadi milik pempengaruh Indonesia, Abyan Calief yang mendapat pengiktirafan atas kreativiti dan keunikan kandungannya.

Kategori Penyampai Cerita Terbaik pula berpihak kepada Berliana dari Indonesia sementara Anugerah Pilihan Orang Ramai menjadi rezeki pempengaruh Malaysia, Ananda Natasha.

Ads

Kaut AS,000 & Pakej Percutian Mewah Ke Dubai, Influencer Indonesia Saal Haerid Diangkat Sebagai Pempengaruh Media Sosial Terbaik Asia 2024! Kaut AS,000 & Pakej Percutian Mewah Ke Dubai, Influencer Indonesia Saal Haerid Diangkat Sebagai Pempengaruh Media Sosial Terbaik Asia 2024! Kaut AS,000 & Pakej Percutian Mewah Ke Dubai, Influencer Indonesia Saal Haerid Diangkat Sebagai Pempengaruh Media Sosial Terbaik Asia 2024! Kaut AS,000 & Pakej Percutian Mewah Ke Dubai, Influencer Indonesia Saal Haerid Diangkat Sebagai Pempengaruh Media Sosial Terbaik Asia 2024!

Pengerusi ASIA2024, Datuk Abd Rahman Soltan berkata, ASIA2024 juga mencatat sejarah tersendiri apabila meraih 254 juta tontonan kandungan di media sosial menggunakan tanda pagar AllStarInfluencerAward2024 sepanjang program berlangsung.

Abd Rahman menambah, ASIA2024 bertujuan mempromosikan tiga elemen utama pelancongan tempatan iaitu kebudayaan, lokasi menarik dan bersejarah, serta makanan melalui platform media sosial, sekali gus mampu meningkatkan pendapatan negara.

“ASIA 2024 menampilkan konsep unik dengan mengetengahkan tema Visit Malaysia 2026, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, World Tourism Day Melaka dan Visit Melaka 2024,” katanya.

Ads

Acara gilang gemilang itu dirasmikan oleh Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Yasmin Mahmood, dengan kehadiran lebih 60 pempengaruh media sosial dari Jepun, Taiwan, China, Vietnam, Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan Filipina.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Menurut Abd Rahman lagi, konsep tahun ini juga memberi fokus kepada Melaka sebagai destinasi utama, di mana peserta berpeluang mempelajari kebudayaan perkahwinan Melayu di Melaka.

Ads

“Juri yang terlibat sangat arif dalam menentukan kaedah pemilihan pemenang terbaik, dan pihak pengurusan tidak campur tangan atau bersikap pilih kasih. Sejak awal lagi, kami tekankan bahawa pemarkahan dilakukan secara adil,” katanya.

Para hadirin dihiburkan dengan persembahan memukau daripada selebriti terkenal seperti Bella Astillah, Yonnyyboii, dan kumpulan 53 Studio.

Acara ini antara sebahagian daripada program empat hari yang dianjurkan oleh Aston Creative, dengan matlamat meraikan bakat dan kreativiti dalam penghasilan kandungan digital.

Sebanyak 13 kategori anugerah disampaikan, memberi pengiktirafan kepada individu dan kumpulan yang telah memberi impak besar dalam dunia media sosial di peringkat Asia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI