Setelah hampir lapan minggu berentap untuk menghiburkan hati para juri dan penonton, akhirnya kumpulan Sarkas telah pun dinobatkan selaku juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
Kumpulan yang dianggotai oleh pelawak Danial Zaini, Shashic dan personaliti media sosial, Acap S itu berjaya mengetepikan cabaran daripada empat kumpulan lain sekali gus membawa pulang hadiah utama berjumlah RM150,000 beserta trofi.
Menurut Danial, dia berharap agar kemenangan ini dapat membuka peluang buat pelawak-pelawak tempatan untuk terus melangkah lebih tinggi.
“Terima Kasih ya Allah, ahli keluarga dan semua peminat yang menyokong.
“Saya harap inilah peluang buat kami dan rakan-rakan pelawak lain untuk buktikan bahawa dunia lawak Malaysia tidak mati,” katanya.
Ads
Sementara itu, kumpulan Padie telah muncul selaku naib juara seterusnya meraih hadiah
wang tunai RM75,000 dan trofi.
Tempat ketiga yang menawarkan hadiah sebanyak RM50,000 serta trofi pula telah berjaya dimenangi oleh kumpulan Puteh.
Manakala, kumpulan Deroyan yang dianggotai oleh Eric Floor 88, Has dan Dewa terpaksa berpuas hati untuk meraih tempat ke-4 seterusnya membawa pulang hadiah berjumlah RM25,000 dan trofi.
Ads
Melengkapkan senarai pemenang adalah kumpulan Zuara yang menduduki tangga ke-5.
Mereka menerima hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi.
Salah seorang anggota kumpulan Zuara yang juga merupakan pelakon, Zulin Aziz turut dinobatkan selalu Superstar Paling Gempak MLS4.
Ads
Pentas akhir MLS4 telah berlansung dengan gilang gemilang di Auditorium CIDB, Cheras.
Pada malam ini, kesemua kumpulan membuat persembahan sebanyak dua pusingan yang bertemakan ‘Lokasi Idaman’ dan ‘Lokasi Fiesta’.
Semua finalis MLS4 diadili 75 peratus juri tetap iaitu Saiful Apek, Anna Jobling dan Harith Iskander, manakala 25% lagi adalah daripada undian penonton.
Pentas akhir yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan daripada artis jemputan, Putera Muhammad dan Amalina Arham.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru sahaja berkongsi berita gembira apabila disahkan hamil selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Izara Aisyah, 27, telah berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.
Meski tidak menghebahkan mengenai perkara itu, pelakon dan penyanyi, Lufya Omar yang turut berada di Mekah bagi tujuan sama telah pun bersua dengan bintang berkenaan dan mereka kemudiannya turut merakam foto bersama.
Sambil memuji penampilan bintang drama Ombak Rindu The Series terbabit, pertemuan mereka turut dikongsikan oleh ibu beranak satu itu menerusi entri terkininya di Instagram.
“Look who’s here in Medina. Mummy to be @izaraaishahofficial la. Masyallah cantik preggy mummy ni walau mengandung 6 bulan.
“Nampak macam tak mengandung kan? Fya mengandung 6 bulan nak masuk pintu pun tak muat. U ols agak la anak die girl ke boy?,” tulisnya di ruangan kaspyen lalu mendapat komen pelbagai dari para peminat.
Rata-ratanya memuji penampilan keduanya selain yang mendoakan agar mereka terus istiqamah.
Pada masa sama, ada juga peminat yang memuji Izara kerana berangkat ke tanah suci dalam diam, tidak berkongsi di media sosial. Difahamkan, turut sama menemaninya ialah ialah suami tersayang.
Semoga ibadah keduanya dipermudahkan dan mendapat umrah mabrur.
Terdahulu, Izara melangsungkan perkahwinan dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid lebih tiga tahun lalu dan pasangan ini bakal menimang cahaya mata April depan.
Foto: Instagram Lufya Omar, Izara Aisyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lapan tahun melayari bahtera perkahwinan, Yusry Abd Halim dan isteri, aktres Lisa Surihani bersyukur dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne,5 tahun dan Yusof Leonne, 3 tahun.
Sekali gus, menjadikan Yusry gembira dengan kehidupannya kini yang bergelar suami dan bapa kepada dua orang anak.
“Siapa sangka. Kami berjumpa hampir 9 tahun yang lepas dan sudah mendirikan rumahtangga selama 8 tahun. Ini merupakan hubungan paling lama yang pernah saya lalui, but feels like the shortest. Its true when they say time flies when we…are truly happy.
“Thank you for being my everything syg @lisasurihani Selamat Hari Kita 8,” tulisnya.