Siapa sangka pada mulanya mereka hanya berkawan, kini sudah bergelar suami isteri dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Demikan situasi gembira yang dikongsikan penyanyi Lan Solo menerusi Instagramnya apabila hari ini merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan dengan isteri tercinta, Nur Sheila Hashim yang ke-9 tahun .
“KENAL awal 1999.. kawan gitu2 lah . tgh sekolah lg kan..
KAPEL November 1999..
Dapat green light dari family terus TUNANG pada 25 Dis 2007
Lama ooo sampai 2009.. kalau tau dugaan mcm2 sangt kompon terus nikah je..
Alhamdulillah jodoh kami bersama akhirnya..
NIKAH 5 Dis 2009
Mula berdua.. skrg 2018 kami dan berENAM
Tq Allah, Happy Anniversary, sayang.. I LOVE U SAMPAI JANNAH!!,” tulisnya.
Foto yang dikongsikan Lan itu melihatkan momen indah mereka bersama saat bergelar Raja Sehari pada ketika itu.
Susulan itu, ramai yang kagum melihat perjalanan kisah cinta mereka sejak dibangku sekolah lagi sehingga dikurniakan empat orang cahaya mata.
Malah, mereka turut mendoakan kebahagian Lan dan Sheila hingga ke akhir hayat.
Tahniah buat pasangan ini dan semoga kekal bahagia hendaknya hingga ke syurga.
Foto : IG Lan Solo