Semalam, pelakon dan usahawan, Que Haidar ada berkongsi foto bahagian kening salah seorang anak perempuannya, Tengku Cleopatra Haidar atau lebih mesra disapa Cleo yang tercalar.
Difahamkan, kecederaan ringan itu berlaku dalam insiden yang tidak disengajakan di sekolah.
“Kawan kat sekolah tak sengaja tutup pintu masa Cleo nak keluar so terhempas kat Cleo.. balik2 ngadu dgn daddy.. takpe tak sengajakan,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.
Lalu, posting berkenaan terus mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji sikap Que sabar dan tak cepat melatah.
Malah pada masa sama, ramai juga yang memuji Cleo yang dikatakan mempunyai sepasang mata yang cantik.
Foto: Instagram Que Haidar