Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay mengakui berasa amat bertuah kerana dikurniakan ibu penyayang dan sentiasa mengambil berat mengenai setiap perkara yang dia lakukan.

Jelas Liyana, ibunya, Habsah Simpon sanggup menemaninya selama enam bulan sepanjang dia melanjutkan pelajaran di New York, Amerika Syarikat.

Katanya lagi, ibunya itu juga tidak sanggup untuk berjauhan dengan dirinya lebih-lebih lagi ketika berada di negara orang.

“Kawan Saya Semua Terkejut…,” – Siap Hantar Pergi Kelas, Liyana Jasmay Buka Cerita Ibu Peneman Setia Selama Belajar Di New York

 

View this post on Instagram

 

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay)

Ada ke mak kat luar tu macam my mom? She teman me study in New York for 6 months. My friends sume terkejut, jarang kot parents ikut sekali duduk dengan you bila you gi study. Tapi tu mama I.

“Dia kata dia shadow i masa dulu..lols. Maybe sebab its too far, they were so worried of me living alone or maybe I was not capable of being alone. This is us walking to breakfast in the streets of Manhattan,” tulisnya.

Ads

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Aku Tak Percaya Cinta itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram beberapa hari lalu. 

Dalam pada itu, Liyana turut mendedahkan wanita terbabit itu juga akan menemaninya sepanjang perjalanannya ke kelas meskipun jarak dari rumahnya tidaklah terlalu jauh.

“Dia siap send me to class lagi kalau class jauh from our house, tak jauh pun just Soho je. But she will walk with me or naik cab with me even wait for me sometimes after class. Aint my mama grand?,” katanya lagi.

“Kawan Saya Semua Terkejut…,” – Siap Hantar Pergi Kelas, Liyana Jasmay Buka Cerita Ibu Peneman Setia Selama Belajar Di New York

Ads

“Kawan Saya Semua Terkejut…,” – Siap Hantar Pergi Kelas, Liyana Jasmay Buka Cerita Ibu Peneman Setia Selama Belajar Di New York

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memuji telatah comel dua beranak itu selain turut menyifatkan Liyana sebagai seorang anak yang sangat beruntung.

“She’s one in a million mama for sure. What a lovely tribute to her. Lucky her.

“Kasih seorang ibu. You seorang anak yang beruntung.

Ads

“She love you too much tu and I will do the same to my daughter too.

“Ya Allah seronok ada orang temankan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Kawan Saya Semua Terkejut…,” – Siap Hantar Pergi Kelas, Liyana Jasmay Buka Cerita Ibu Peneman Setia Selama Belajar Di New York

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI