Isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida berasa teruja apabila berpeluang terbang untuk ke Pulau Langkawi.
Kongsinya, dia dan suami sudah lama tidak berpeluang menaiki pengangkutan udara ekoran situasi pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Shahida memberitahu dia bersama suami ke destinasi pelancongan tersebut atas urusan kerja.
“Masing-masing excited la dah lama x naik flight, kami hari ni ke langkawi atas urusan kerja. Anak-anak tinggal di rumah, semoga kami selamat sampai ke langkawi,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Difahamkan, keberadaan mereka di sana kerana terlibat dalam satu penggambaran bagi mempromosikan sebuah hotel.
Malah Shahida turut berkongsi prosedur sebelum dan selepas penerbangan di Insta Stories.
Foto: Instagram Shahida