Awal semalam, pelakon versatil Nad Zainal ada memuat naik dua keratan video belakang tabit drama terbaru lakonannya. Apa yang menarik, Nad sekali lagi mendukung watak sebagai orang kurang upaya (OKU).
Malah, watak yang dibawanya itu menbuatkannya rasa lebih puas.
“Selepas watak Fatonah, saya dihujani watak watak lebih kurang sama, atau watak insan istimewa, watak lara, di mana saya suka dan rasa beruntung, kerana dapat melakonankan watak yang betul-betul bertentangan dengan lahiriah saya.
“Saya suka ke set tak perlu tapuk bedak tebal, pakai cantik-cantik.. LEGA dan PUAS!
Nantikan tele raya saya bersama @fizzalmy di TV3 ( first time dengan Dato Fizz, hes soooo NATURAL!!),” tulisnya.
Untuk rekod, Nad berjaya membawa pulang trofi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018 menerusi lakonann hebatnya menerusi telefilem Fatonah Azali.
Menerusi drama berkenaan, Fatonah digambarkan sebagai seorang wanita penghidap autisme.
Foto: Instagram Nad Zainal