
Pelakon, Sharnaaz Ahmad memaklumkan anaknya, Jebat Jayden masih belum stabil dan memerlukan rawatan keceman awal hari ini.
Atas kekangan berkenaan, pelakon tersebut turut meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi mana-mana undangan malam tadi.
Perkata tersebut diluahkannya menerusi Insta Stories Instagram.
Sementara itu, di paparan Instagramnya pula, Sharnaaz turut meminta semua mendoakan kesihatan anaknya itu.
“I love u sayang.. Doakan jebat na.. I am half brave then u my boy.. Ur name make u so strong insyaAllah.. strong like ur name my Jebat.. our jebat.. baba love u so much…”
Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ampun, Maaf Andai Kata Ada Terkasar Bahasa Atau Menyinggung Perasaan Sesiapa,” – Mila Jirin Berangkat Ke Tanah Suci

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin merupakan seorang bintang kelahiran daripada Akademi Fantasia musim kelima.
Mila kini banyak meluangkan masa bersama dengan suami tercinta dan keluarganya selain mengusahakan bisnes catering yang kini berkembang maju.
Terbaru menerusi Instagram, bintang ini memaklumkan dia akan menunaikan ibadah umrah bersama suami tercinta dan keluarganya.
“Saya dan suami ingin memohon AMPUN dan MAAF andaikata ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan sesiapa.”
“Doakan Saya dan keluarga dipermudahkan urusan #Umrah2019…”
“Insya Allah andai ada yang nak mengirim DOA… Boleh DM saya… Andai ada kesempatan, saya bacakan di #MasjidilHaram”- tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on
Diharapkan segala urusan Mila dan suami dipermudahkan.
Untuk rekod, Mila dan suami, Isz Mustapha telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2015 lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Foto : Instagram Mila Jirin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tampilkan 50 Jelitawan Berarak Di Bukit Bintang, Rizman Ruzaini Sukses Cipta Sejarah; “Wajah Inilah Yang…”

Bukan di London ataupun New York tetapi Bukit Bintang! Itu momen tersendiri menerusi jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini pada Selasa yang tampil membuat kejutan melalui perarakan fesyen di lokasi tumpuan pelancong itu.
Perarakan berkenaan terdiri daripada 50 jelitawan yang terdiri daripada model, ratu cantik serta bintang media sosial.
Sudah pastinya, paling mencuri tumpuan apabila kesemuanya tampil mengenakan persalinan Rizman Ruzaini yang terkenal melalui rekaan elegan dan eksklusif.
Menurut Rizman, walaupun perarakan fesyen ini perkara biasa di bandar-bandar besar dunia, namun ini adalah kali pertama ia dilakukan di Kuala Lumpur.
“Ini juga sebagai cara untuk kami menghargai mereka yang selama ini bersama jenama Rizman Ruzaini sejak 17 tahun lalu. Wajah-wajah inilah yang memperagakan Rizman Ruzaini daripada kami bukan sesiapa dan kini menjadi antara jenama utama di negara ini.
“Jika dilihat ini juga kali pertama perarakan fesyen seperti ini berlaku di Malaysia. Menjadi harapan kami untuk melihat Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai antara bandar fesyen suatu hari nanti, sama seperti Milan dan Paris,” katanya.
Artikel Berkaitan;
Sementara itu, menuju ke sasaran jualan 10 Juta ringgit untuk tahun ini, Rizman Ruzaini juga turut memperkenalkan produk aksesori fesyen terbaharu mereka, Basic Tote Beg.
Jelas Rizman melihat sambutan yang diterima bag ini tahun lalu, membuatkan mereka yakin untuk tampil dengan lima warna berbeza untuk tahun ini.
Malah lebih mengejutkan apabila beg yang baru dilancarkan ini kehabisan stok untuk beberapa warna selepas beberapa jam dijual melalui laman web rasmi mereka.
“Melihat sambutan yang diterima tahun lepas memang kami yakin untuk keluarkan beg ini dengan kuantiti yang lebih banyak kali ini. Cuma tidak sangka ada beberapa warna yang sudah habis di jual antaranya warna hitam.
“Mengekalkan kualiti yang sama, menjadi fokus kami untuk memastikan setiap produk di bawah jenama ini mampu dimiliki semua gologan. Sebab itu ada yang terkejut bila harga beg tote basic ini hanya RM149,”katanya lagi.
Sementara itu melihat kemampuan perniagaan berasaskan fesyen ini yang semakin bergerak maju di negara ini, tambahnya pihaknya juga dalam perancangan untuk memperkenalkan kedai utama berbentuk fizikal untuk memudahkan pelanggan dan pengguna produk ini melawat jenama ini secara terus.
“Memang ada dalam perancangan kami untuk membuka kedai utama tidak lama lagi. Mungkin dua tahun lalu kita lebih suka membeli secara atas talian tetapi dalam tempoh sekarang ramai yang lebih senang untuk melihat dan merasa sendiri material setiap produk yang dijual.
“Jadi saya sudah berbincang dengan pasukan saya untuk membukan sebuah kedai utama tidak lama lagi. Di mana lokasinya kami akan umumkan sedikit masa lagi,” jelasnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roslan Saleh Meninggal Dunia Dalam Tidur, Bakal Dikebumikan Selepas Solat Jumaat

Pelakon veteren, Roslan Saleh menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7 pagi tadi di kediamannya di Masjid Tanah, Melaka akibat komplikasi pelbagai penyakit.
Memetik laporan BH Online, khabar mendukacitakan itu telah disahkan sendiri oleh isterinya, Zainun Majid yang memaklumkan arwah meninggal dunia dalam tidur.
“Arwah ada pelbagai penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah rendah sejak lima tahun lalu. Arwah sering keluar masuk hospital disebabkan penyakit itu, meninggal dunia dalam tidur.
“Beliau meninggal dalam tidur dan Alhamdulillah, pergi pada Jumaat yang mulia ini,” katanya seperti yang dipetik.
Zainun berkata, jenazah arwah akan disolatkan di Masjid Ar Rahman Kampung Rantau Panjang dan disemadikan selepas solat Jumaat.
“Jenazah akan dibawa ke masjid untuk disolatkan pada jam 12 tengah hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang selepas solat Jumaat,” ujarnya.
Allahyarham Roslan meninggalkan seorang balu, tiga cahaya mata dan 10 cucu.
Sebelum ini, media melaporkan kesihatan Roslan yang mesra disapa sebagai Pak Lan merosot akibat menghidap penyakit diabetes kronik, kira-kira lima tahun lalu.
Sepanjang lebih tiga dekad berada dalam dunia seni, Roslan pernah membintangi banyak drama dan filem popular.
Antaranya, Sembilu 2, Gerak Khas The Movie 2, Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan, manakala Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda adalah filem terakhir lakonannya.
Roslan pernah berkongsi, dia tidak lagi aktif dalam dunia lakonan selepas mengalami masalah kencing manis kronik dan terlantar di rumah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: BH Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI