Vokalis kumpulan XPDC, Ali yang kini sedang dirawat di hospital dilaporkan terpaksa ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh pengendali akaun Facebook, Sahabat XPDC.
Menurut pengendali akaun tersebut, pada mulanya tahap kesihatan Ali telah pun menunjukkan tanda-tanpa positif namun, sejak petang semalam, pernafasannya dikatakan mengalami gangguan sehingga pihak hospital memutuskan untuk menidurkan Ali.
“Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 petang hari ni. Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh.
“Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula di ajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan belah kanan masih lemah.
Ads
“Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah ‘tidurkan’ sementara buat masa ini. Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi di ditidurkan dan di pantau,” tulisnya.
Sementara itu, mereka juga turut memaklumkan Ali tidak dijangkiti Covid-19, cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan Covid-19.
“Ali tidak di jangkiti covid19 cuma sebelum ini dia di letakkan di wad saringan covid. Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat.
Ads
“Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat kalau untuk kesihatan Mohd Ali Bin Ismail di kembalikan dan sihat seperti dulu,” ujar akaun terbabit.
Memetik laporan Harian Metro, Isteri kepada Ali, Sharifah Syarzana telah menghantar satu kiriman suara kepada sahabatnya memohon suapaya peminat dan rakan-rakan dapat mendoakan semoga suaminya itu kembali sembuh seperti sedia kala.
Ads
“Keadaannya 50/50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. Saya seorang menemaninya di hospital,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail telah dikejarkan ke Hospital Ampang sejak Jumaat lalu apabila didapati lemah ketika selesai menjalani latihan di studio milik pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah.
Kumpulan XPDC difaham sedang giat berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram XPDC & Ali XPDC, Facebook Sahabat XPDC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menolak kemungkinan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini sementelah ramai rakan selebriti lain memilih tahun 2020 untuk bergelar raja sehari, Syafiq Kyle memberitahu meski dia memasang niat untuk berkahwin, namun dia perlu membuat persediaan mental sebelum menjadi ketua keluarga.
Jelasnya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Summeraya 2020 Rico Rinaldi, dia punya impian untuk disatukan sebagai suami isteri, namun kekangan masa dan ilmu sebagai ketua keluarga harus dipelajari terlebih dahulu.
“Ibu dan bapa saya berpesan, kalau berkawan dengan wanita, yang penting kalau tiada duit nak kahwin kena pasang niat untuk berkahwin. Dan saya sudah pasang niat tapi tak kahwin lagi.
“Saya kena hormat waktu pasangan saya dan dia pun kena hormat masa saya. Dan ibu bapa membiarkan kami membuat keputusan sendiri.
“Kami bekerja dalam bidang ini dan waktu pun tidak menentu. Apa yang saya perlu buat ialah sediakan diri terlebih dahulu untuk menjadi ketua keluarga dan suami.
“Banyak tanggungjawab sebelum saya nak menjaga anak dara orang. Itu lagi penting daripada saya fikirkan bila nak kahwin,” jelasnya kepada MH.
Terlepas peluang menjadi tahun 2020 sebagai tarikh keramat, aktor popular ini berseloroh memilih tahun 2022 sebagai tahun untuk menamatkan zaman bujang.
“Kalau 2020 bila ada tarikh yang cantik lagi ya? Mendirikan rumah tangga merupakan impian setiap lelaki. Saya ada impian dan niat untuk berkahwin.
“Ada lagi tak tahun yang cantik? Mungkin 2022?,” seloroh bintang Nur ini.
Dalam perkembangan lain, Syafiq Kyle berkolaborasi dengan pereka terkenal, Rico Rinaldi untuk keluaran baju kasual raya lelaki dan perempuan dengan tema Summeraya 2020.
Pendedahan penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengenai seorang aktres yang didakwa pernah mengakui menyukai suaminya, Aliff Aziz turut mendapat perhatian ramai termasuk dalam kalangan rakan artis sendiri.
Selain Nabila Huda, aktor Sharnaaz Ahmad turut menyatakan pendapatnya mengenai isu penyondol, istilah yang digunakan bagi individu baik lelaki atau wanita yang menganggu rumah tangga orang lain.
Menurut Sharnaaz, golongan sedemikian sebaiknya ‘diharamkan’ daripada berlakon.
“Setiap drama, dia akan pergi kacau rumah tangga orang, memang mamposlah.
“This kind of people (women and man) patut kena ban daripada berlakon atau keluar tv,” tulis Sharnaaz menerusi Insta Story.
Bapa kepada Jebat Jayden itu turut mengulang siar (repost) artikel mengenai reaksi Nabila Huda yang geram dengan seorang aktres yang didakwa cuba menganggu rumah tangga Bella dan Aliff Aziz.
Menerusi kenyataan Bella kepada media sebelum ini, pelakon wanita itu sering cuba menghubungi suaminya malah turut mengakui sudah ‘terlanjur’ menyukai Aliff.
Difahamkan pelakon wanita itu didakwa turut terlibat bersama Aliff di dalam naskhah drama yang bakal disiarkan tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, sepotong video yang dikongsi pihak pengurusan penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah di akaun Instagram mengundang sayu seterusnya menjadi perhatian netizen.
Menerusi video tersebut, ia memaparkan anak ketiga Allahyarhamah, Ariq Matin yang dilihat membawa tudung arwah ibu ketika berliburan di sebuah lokasi percutian.
Ditanya siapa pemilik tudung berkenaan, Matin mengatakan ia tudung ibu dan sangat cantik.
“Nak berjalan pon bawa tudung ibu. Alahai Ariq Matin anak manja ibu ni, sekarang dah besar dah jadi abang, pandai jaga adik dah.
“Asyik heret je tudung Arwah ibu ni, sepatutnya launch bulan 8 tapi tak berkesempatan. So kita launch esok di @lovetahq#limitededition,” kapsyen yang tertera.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan reaksi seterusnya menitipkan doa serta salam takziah buat Shuib sekeluarga.
Allahyarhamah meninggalkan empat cahaya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan sebelum pemergiannya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!