“Kebahagiaan Juga Rezeki,” – Cikgu Azlan Akrab Dengan Bapa Mertua, Elly Mazlein Cerita Suami Selalu Jadi ‘Photographer Tak Rasmi’ Abah

Share

Satu perkongsian foto di akaun Instagram bintang versatil, Elly Mazelin nyata mencuri perhatian ramai.

Apa tidaknya, momen kandid yang menyaksikan suami, Cikgu Azlan yang sedang merakam foto bapa mertuanya, Syed Hanafi Syed Abdullah mencuti hati peminat.

Dalam kapsyen berseloroh, penyanyi 4 Dara 2020 ini turut menyatakan hubungan akrab yang terjalin di antara suami dan bapanya yang dipanggil Abah.

“Kemain pak mertua & menantu. Seronok tengok, macam kawan dekat rumah.

“Tengok motor sama-sama, tengok F1 sama-sama.

“Suami tukang ambil gambar tu dah selalu sangat,” jelasnya.

Lalu, keharmonian mereka sekeluarga mendapat reaksi  wargamaya yang rata-ratanya menyatakan perasaan tumpang bahagia.

Elly terdahulu menerusi media turut menyatakan keserasian di antara mereka berdua selain bersama puteri tunggal, Sara Sephia menjadi antara sebab dia melihat Cikgu Azlan sebagai lelaki terbaik di dalam hidupnya.

Elly dan Azlan mendirikan rumah tangga pada 18 Januari lalu.

Published by
MH