Baru-baru ini usahawan terkenal, Joy Refva ada berkongsi sekeping foto bersama rakan usahawan, Mawar Karim di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin turut menulis kapsyen humor yang menjadi perhatian peminat.
Menurut Joy, dia ibaratnya serik untuk mendirikan rumah tangga bersama seorang yang bergelar penyanyi mahupun pelakon.
“Wartawan : Adakah Joy & Mawar serik utk menerima pasangan yg bergelar pelakon/penyanyi?
“Mawar : erk.. bg cheq pikiq sat.
“Joy : serik, sbb kebanyakkan drama jer lebih (taksemua) & kena pilih yg Business/Millionaire Minded jugak kalau tak mmg tak sehaluan.
“Tapi kalau yg dtg tiba2pelakon Ranveer Singh / penyanyi Shawn Mendes, hat tu baru cheq tak serik tibehh,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar Joy berjaya dan sentiasa berbahagia.
Untuk rekod, Joy pernah berkahwin dengan komposer dan penyanyi,Hafiz Hamidun pada Mei 2017 dan bercerai pada Oktober tahun sama.
Joy juga mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Foto: Instagram Joy Revfa