Berkongsi misi Care4Hunger ketika berada di Kampung Tagupi Laut, Lahad Datu, Sabah, Diana Amir meluahkan kesedihan apabila ada anak kecil di kawasan tersebut yang rata-rata tidak mempunyai sijil kelahiran kerana terlalu jauh daripada pembangunan.
Malah, ulasnya, perjalanan masuk ke kampung tersebut juga agak sukar sehingga dia sendiri rasa sakit badan.
“Budak2 ni kebanyakannya tiada Birth Cert sebab kg sangat jauh drp civilisation, diana nak smpai kg ni sampai sakit 1 badan.. so ramai yg beranak dgn bidan kampung dan x mendaftar anak2 mereka.. komplikasi bila anak sudah besar, x dpt masuk sek kerajaan.”
Disebabkan tiada sistem pendidikan, penduduk tersebut terpaksa membina sekolah sendiri yang beratapkan daun dan zink.
“Jadi mereka bina sekolah sendiri, beratapkan daun dan zink, ada yang berkipas tp macam “dewan” ni takde kipas, bersebelahan laut, so panasnya hang pikiaq sendiri ? .. peluh di muka sila abaikan.
“Tapi demi menuntut ilmu, mereka dibahagikan bukan ikut umur, tapi ikut tahap masing2 , ikut kaedah 3M , membaca, mengira , menulis. dan ada pendidikan agama.”
Memohon bantuan netizen untuk turut sama menyumbangkan sekadar termampu untuk memudahkan penduduk di sini.
“Banyak yg kita boleh bantu diorg, baju sekolah pun ramai yang tak ada, sistem air bersih dalam pembikinan, in sya Allah telaga air akan di rasmikan oleh NC USIM Ahad ni, semoga itu dapat meringankan beban mereka.
“Sementara tu, kita ajar diorg pemakanan sihat dan dental care. banyak gigi berlubang ni ? takpe budak lg, kita didik skrg so pasni semua generasi Kg Tagupi akan ada kebersihan oral yg menyeluruh.
“Doakan Kami! #Care4Hunger @ir_my#LahadDatu #KgTagupiLaut Nak tag location pun takde dalam system.”
Semoga pembaca MH terbuka hati untuk turut sama membantu usaha mulia yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia.
Foto – Instagram Diana Amir