Pelakon, Ozlynn menerusi laman Instagram berkongsi beberapa keping foto anak bongsunya, Moleiq yang sedang lena di di dalam buaian.
Namun kata-kata yang ditulis isteri pelawak, Johan ini cukup mencuit hati.
Jelasnya, meski Moleiq seolah-olah seperti ‘bayi gergasi’, namun dia tetap okay sahaja demi memberi peluang kepada si comel itu merasai pengalaman naik buaian.
“Iyeee mama tau awak baby lagi sayang.. ok jek awak nak tdo atas tuh.. cuma penoh la sayang.. penoh sgt.. dah macam baby gergasi mama tengok awak atas tuh.
Ads
“Tak apa sb awak nak sgt rasa.. mama bg awak rasa ok.. tp tu lahhhh… mama x tau nak kesian kat awak ke.. nak kesian kat tmpt genjut tu.
“Belum penah tgk tmpt genjut xleh nak bergerak.. faktor keberatan awak tu smp melendut ke bawah la menatang tuh.
“Tapi baby.. mama ok jekkkkkk .. u tetap baby MOLEIQ i. walaupun pakcik makcik kamu mengata kamu memcm.. baby kingkong la baby 4tahun la. mama tetap sayang n geram kat u,” kongsinya lagi.
Gelagat comel Moleiq cukup mencuit hati dan menghiburkan dan rata-rata netizen meninggalkan reaksi di ruang komen.
Ads
Ozlynn atau nama sebenar, Rozlinawaty Ismail dan Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz dikurniakan lima orang cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.
Foto : Instagram Ozlynnq
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama rantaian, Nur telah dinobatkan sebagai Drama Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL 2019) yang disiarkan secara langsung di TV3, dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Selain menerima anugerah tertinggi pada malam ini, drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu turut menjadi pilihan pengundi yang merekodkan pasangan pelakon utamanya, Syafiq Kyle dan Amyra Rosli sebagai kategori Pasangan Serasi, mengalahkan calon finalis lain.
Sementara itu, Janna Nick kekal menggungguli kategori Anugerah Aktres Pilihan untuk kali ketiga(pada tahun 2016,2018,2019)
Berikut adalah senarai pemenang DFKL 2019:
Penulis skrip pilihan: Shahrulezad Mohameddin (Nur)
Pengarah pilihan : Shahrulezad Mohameddin (Nur)
Pasangan pilihan: Syafiq Kyle,Amyra Rosli (Nur)
Antagonis pilihan: Azhan Rani (Nur)
Lagu pilihan: Jatuh Bangun, Haqiem Rusli & Aman RA (Shah & Zam)
Drama pendek pilihan: Orang Kita (Mohamad Edzuan)
Drama rantain Cina pilihan: My Sensei Nyonya (Mediacorporation Studio (M) Sdn Bhd)
Aktor pilihan: Syafiq Kyle (Nur)
Aktres pilihan: Janna Nick (Semerah Cinta Humairah)
Drama pilihan: Nur
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat ahli kumpulan Forteen, Ameer dan pasangannya, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar yang telah selamat melangsungkan pernikahan 1 Mac lalu.
Bagaimanapun, mereka yang ditemui MH lewat petang semalam, pasangan ini ada mendedahkan perangai masing-masing selepas bergelar suami isteri.
“Alhamdullilah kami bahagia..Sekurang-kuragnya saya ada teman hidup. Kalau tidak, dulu sorang diri, sendirian, makan pakai semua saya buat sendiri. Tapi sekarang ni, ada seorang isteri yang cantik dan penyanyang dan jaga semuanya,” kata Ameer.
Malah, Ameer, 29 turut mendedahkan sisi Naja di rumah.
“Dia (Naja) seorang yang kuat membebel tapi benda yang baik sahaja. Biasalah, memang itu lumrah seorang wanita. Maklumlah, sudah ada sifat kearah keibuan,” jelas Ameer atau nama penuhnya Mohd. Arif Ameerais Azhar.
“Kadang-kadang sehari tak dgr suara dia, tak sah dan rasa tak lengkap,” seloroh Ameer.
Naja, 24 turut menjelaskan sifat Ameer sebagai seorang suami yang penyanyang, selain dia juga seorang yang tidak lekang dengan telefon bimbit.
“Masa nak makan, masa itu lah dia nak main handphone. Padahal, masa tu patutunya ada masa nak borak sebab dah sediakan makanan,” kata Naja yang baru sahaja menamatkan pengajian di UiTM Jengka, Pahang.
Ditanya, perancangan untuk mendapatkan cahaya mata, ini jawapan ringkasnya.
“Setakat ni kami tiada perancangan, hanya berdoa dan itu semua rezeki dari Allah,” kata Ameer ringkas.
Terdahulu, mereka diijabkabulkan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melatidengan wang hantaran bernilai RM10,000, mas kahwin RM300 dan tujuh dulang hantaran kepada isteri, berbalas sembilan.
Pelakon Jasmine Suraya memilih untuk terus fokus kepada hal yang lebih penting dalam hidup berbanding terlalu memikirkan mengenai kisah hangat melibat dirinya di media sosial.
Jasmine Suraya Chin, 33, bagaimanapun mengakui ada ketika komen yang dilontarkan segelintir netizen agak keterlaluan.
“Bagi saya ia sesuatu yang tidak boleh disekat apabila ia melibatkan media sosial. Akan tetapi saya tidak nafikan ada ketika rasa kurang selesa bila sesetengah perkara yang saya lakukan itu menerima kritikan.
“Malah kritikan yang diberikan itu dahsyat kadang-kadang. Seolah-olah ia menjurus kepada serangan peribadi. Misalnya orang mengkritik mengenai pemakaian atau mempertikaikan soal agama serta budaya. Niat kita mungkin berbeza, akan tetapi orang salah erti, begitulah.
“Akan tetapi saya rasa ramai yang terbuka mengenainya cuma saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak,” katanya kepada MH.
Jasmine berkata demikian ketika ditemui di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Jasmine yang sebelum ini mencuri tumpuan susulan keberadaannya di majlis ilmu anjuran Neelofa menjelaskan dia juga ada mengikuti kelas tahfiz.
“Ketika saya menghadiri majlis anjuran sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir untuk sekadar mendengar.
“Saya juga ada menghadiri kelas tahfiz dan bagi saya ia suatu perjalanan yang indah jujurnya. Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa, saya menyukainya kerana ia jadi pegangan hidup.
“Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya. Jadi untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil. Seperti ada arah.
“Untuk memiliki mereka yang tidak menghakimi, macam kawan-kawan yang mengajar saya, rasanya selamat. Cuma kalau boleh tak mahu ulas tentang perkara sebab ia peribadi. Kalau boleh tak nak orang asyik bertanya itu ini.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apa pun bersyukur kerana saya juga ada ikuti sesi bersama Neelofa secara ‘zoom meeting’. Ramai terbuka menerima, berbanding mereka yang mempersoalkan.
“Cuma pada awalnya saya rasa malu kerana sangka ramai akan menghakimi, tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya yang turut tumpang gembira atas kemenangan karyawan yang bertanding di FFM kali ini.
Terdahulu, Jasmine pernah tersenarai sebagai calon akhir bagi kategori Pelakon Wanita Harapan di FFM30 menerusi persembahannya di dalam filem PASKAL The Movie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!