HomeBerita“Kecaman Dahsyat, Tak Mungkin Yang Lain Boleh Hadap Setenang Beliau,” – Tak...
“Kecaman Dahsyat, Tak Mungkin Yang Lain Boleh Hadap Setenang Beliau,” – Tak Semua Faham Cabaran Yang Dihadapi, Imran Ajmain Kagum Dedikasi Fazley Yaakob
Meskipun akur tersingkir di konsert minggu ke-4, penyanyi, Imran Ajmain tetap meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian yang telah diraih penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sepanjang bertanding di program, Gegar Vaganza 8 (GV8).
Menurut Imran, usaha dan dedikasi yang ditunjukkan oleh Datuk Fazley sewajarnya diberikan pujian memandangkan bintang tersebut harus berhadapan dengan jadual kerja yang sangat padat.
Katanya lagi, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Datuk Fazley sepanjang berada di program GV8 sememangnya bukan mudah untuk dihadapi.
“Dalam adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Namun, ada juga kegigihan dan usaha yang tidak terlihat langsung. Selama 8 minggu yang lalu, saya tidak pernah melihat seseorang meletakkan sebegitu banyak dedikasi dan kesungguhan dalam persediaan untuk persembahan.
“Minggu demi minggu, insan ini mengorbankan masa bersama keluarga, makan, minum, tidur semata mata demi seni. Ya, orang lain juga bertanding, orang lain juga buat yang terbaik, orang lain juga ada kerja lain dan keluarga juga.
Ads
“Tetapi jadual hiruk pikuk dan tahap tekanan semasa persediaan ini (campur dengan kecaman dasyat dari netizen) tak mungkin boleh dihadapi oleh lain setenang beliau,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Seribu Tahun itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Imran turut menyifatkan Datuk Fazley telah pun memberikan persembahan yang terbaik menerusi lagu Mahligai Syahdu.
Ads
Jelasnya lagi, keperibadian yang ditunjukkan oleh Datuk Fazley untuk berhadapan dengan segala kritikan sudah cukup untuk menggambarkan dia sebagai seorang individu yang sangat hebat.
“To be fair, last night’s performance for “Mahligai Syahdu” was awesome and the high notes were on point. Compared to the last 3 weeks, this one was a real show! Sayangnya, markah 0.5 bezakan antara penyikiran dan selamatnya seorang peserta untuk seminggu lagi.
“Sejujurnya, saya sendiri, sebagai penyanyi, tak mungkin boleh menghadapi segala rintangan dalam pertandingan sebesar ini. I won’t survive it. I have only pure respect for him — to manage our businesses, manage family especially kids and to take care of ibu @rsd.umi every single day.
“To make sure the entire team eats and rests, to face hateful criticism every week while he trains, go for classes just put on a show for millions to watch. So much stress and effort for a 3 minute performance!
Ads
“You’re a winner, Abang @fazleyyaakob. Congratulations! Alhamdulilah for everything,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh Imran selain turut memberikan kata-kata semangat buat Datuk Fazley.
Terdahulu, pada konsert minggu ke-4 yang berlangsung pada Ahad, Datuk Fazley telah mendapat markah keseluruhan 50% untuk berpuas hati ditempat yang terakhir manakala penyanyi, Upiak Isil pula hanya berkelebihan 0.50% untuk berada ditempat ke-11.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Imran Ajmain
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Malam semalam sedang MH melihat-lihat update terkini para selebriti di Instagram, mata MH terhenti seketika terhadap posting pelakon cantik, Ummi Nazeera.
Ummi telah berkongsi gambarnya bersama suami tercinta, Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani namun apa yang menarik perhatian MH adalah kapsyen yang ditulis oleh Ummi.
Menurut kapsyennya dia menulis dalam gambarnya bersama suaminya itu seperti ada yang tidak cukup.
“Macam tak cukup korum je gambar ni .. apa ya? @izzar,” tulis Ummi.
MH mula tertanya-tanya apakah agaknya yang kurang dalam gambar pasangan suami isteri ini, dan di ruang komen pula MH lihat ramai netizen yang mula membuat tekaan bahawa Ummi sedang hamil dan mengucapkan tahniah kepadanya.
Namun, sejauh mana kebenaran tekaan netizen bahawa Ummi sedang hamil tidak dapat MH pastikan dan biarlah empunya badan sendiri yang mengeluarkan kenyataan sama ada benar Ummi sedang hamil ataupun tidak.
Apapun, MH doakan yang terbaik buat Ummi dan suami!
Sumber: Instagram Ummi Nazeera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Jangan kita mengecam. Sebaliknya doa, cakap dan balas dengan benda yang baik-baik.”
Demikian pandangan pelakon, Ashraf Muslim selepas ditanya mengenai komen-komen keterlaluan netizen di media sosial berhubung konflik rumah tangga membabitkan mana-mana selebriti.
Ashraf, 40, yang kini menjalani kehidupan harmoni bahagia bersama dua isteri, Dr Noor Dayana Lokman serta isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi berkata, adalah lebih baik untuk beri teguran secara rasional supaya tidak menyakiti hati mana-mana pihak.
“Saya berkata begitu sebab kita tidak tahu, kadang-kadang apa yang dikatakan itu boleh jadi satu doa juga. Bimbang akan terpalit kepada kita balik. Kadang-kadang kita lupa benda yang begitu.
“Jadi, kita kena sentiasa fikir positif sebab saya sendiri pernah alami situasi ini. Senang cerita, doa yang terbaik. Kalau nak menegur, tegur dengan cara berhemah jangan sampai menyakitkan hati.
“Supaya mereka yang terlibat berfikir ada lagi orang yang sayangkan mereka, boleh buat keputusan yang baik,” katanya.
Ditanya pengalaman sendiri pada peringkat awal proses poligami, Ashraf akui ia bukan sesuatu yang mudah.
“Susah… Kena tenang, sabar. Buat keputusan betul-betul. Kalau tidak tenang, tak sabar akan buat keputusan yang tak betul,” katanya.
Bapa kepada empat cahaya mata ini berkata demikian ketika ditemui sejurus Sesi Tayangan Filem Musyrik: Api Neraka Menantimu! Bersama Artis & Media di TGV One Utama, Petaling Jaya, pada Rabu.
Mengakui isu membabitkan keluarga adalah sesuatu yang privasi, Ashraf berpandangan soal tersebut sebaiknya tidak terlalu dikongsikan di media sosial.
“Bagi saya benda-benda macam ni… fasal keluarga, simpan untuk kita sahajalah. Kalau kita asyik nak beritahu pada orang, kadang-kadang kita buka aib kita. Kita terlupa tu.
“Jadi senang ceritalah… kebahagian diri kita, kesusahan di dalam keluarga kita, apa sahaja hubungan dalam kaum keluarga kita, tak payah beritahu orang lain.
“Biarlah kita simpan, selesaikan masalah kita. Sebab takut nanti ada masalah lain pula yang timbul, yang kita tak tahu,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof menyatakan pendirian terhadap tindakkan satu akaun di saluran Youtube yang didakwa telah memburukkan namanya menerusi tajuk yang boleh membawa fitnah.
Menurut Syamsul, tindakkan individu tersebut disifatkan sebagai keterlaluan.
“You guys wanna play with me right. Berani tulis tajuk macam ni hanya untuk dapatkan jumlah tontonan di Youtube.
“Saya dah semak channel ini adalah dari Malaysia dan kita akan dapatkan dia punya butiran semua.
“Too much brother. Don’t play around with my name. Please stop play around with my f*cking name.
“Sekarang ni dekat channel Youtube saya tahu anda semua perlu dapatkan view dan macam-macam lagi. I know it is your job but please respect people and respect artis.
“Mereka ada keluarga. Saya ada anak. Dia tulis tajuk yang boleh membawa kepada fitnah dan bencana kepada keluarga saya lagi,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon dan pengarah filem Munafik itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Syamsul turut mendedahkan dia tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan.
“Seperti yang saya katakan I’m not holding back. I’m going to sue you. I see you in court federal court. It’s not about the money.
“Nak kasi ajar sikit. Kalau ada artis-artis lain yang before this pernah kena dan kalau sebelum ini diorang tak berani nak saman, ini Syamsul saman kau sekarang ni. I’m not playing games.
“Come on la, please respect people. Orang tengah ada problem sekarang ni dan korang nak fikir pasal korang punya views sekarang ni. Kau tak fikir orang punya perasaan,” katanya.
Tambah Syamsul lagi, tindakannya itu adalah bertujuan memberi pengajaran kepada orang di luar sana untuk lebih menghormati orang lain selepas ini.
“Kau dah buat macam ni, okay see you in court. Saya akan dapatkan lawyer yang terbaik.
“Seriously this is too much. I respect you you respect me. Respect each others la. Don’t treat us Malaysian artis ni like shit.
“Malas cakap dah, confirm aku saman korang RM500,000 or 1 juta saya tak peduli,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.