Pengacara, Nadia Annuar akui sedikit terkilan namun tetap menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka selepas memutuskan untuk tidak lagi mengenakan hijab.
Bagaimanapun, Nadia berharap agar semua pihak dapat memberikannya masa ada ruang untuk menempuh saat sukar di dalam hidupnya itu ketika ini.
“Takpelah, kecamlah sepuas hati. Kalau dah rasa jatuh terduduk tak cukup, pijaklah sampai puas. Kalau belum puas, pijak sampai mati. Saya reda sebab ini adalah kekhilafan saya sendiri.
“Saya pun tak mahu bagi alasan kota semua tahu apa yang wajib. Cuma saya diminta beri masa dan sedikit ruang. Maafkan saya sekiranya kekhilafan saya ini membuatkan anda rasa kurang senang dan benci kepada saya,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Nadia menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Dalam pada itu, Nadia turut memohon jasa baik semua pihak untuk tidak menyalahkan ibu serta ahli keluarganya yang lain diatas keputusannya itu.
“Terlalu banyak yang saya lalui dan tak dapat saya kongsikan. Satu lagi, saya minta sangat jangan kaitkan mak saya atau kelurga saya yang lain. Ini bukan salah mereka.
“Ibu saya merupakan ibu yang sangat hebat dan manusia yang sangat baik. Dia sudah buat yang terbaik untuk besarkan saya dan dia juga sudah nasihatkan saya. Adik saya pun begitu.
“Anda boleh meletakkan segala kesalahan itu kepada saya tapi jangan cakap yang tak elok mengenai mereka. Saya yang tak baik,” ujarnya lagi.
Terdahulu, hantaran terkini di laman Instagram Nadia nyata mengejutkan ramai pihak selepas dia memuat naik foto bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39 yang memaparkan dirinya tidak lagi mengenakan hijab.
Bagaimanapun, para netizen dan rakan selebriti tetap menitipkan doa yang baik-baik agar Nadia sentiasa diberikan kemudahan bagi menempuh detik sukar ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nadia Annuar