“Kecantikannya Yang Tak Pudar Saat Kamu Mengenakan Hijab,”- Rozita Che Wan

Share

Siapa sahaja tidak mengenali dengan pelakon jelita Rozita Che Wan yang sentiasa tampil bergaya walaupun berhijab.

Rozita atau sinonim dengan panggilan Che Ta gemar memberi nasihat yang bermanfaat kepada peminatnya di laman Instagram miliknya.

Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu ada memberi nasihat mengenai pemakaian hijab.

“matahari tidak kehilangan keindahannya saat tertutupi oleh awan.

“Hal yang sama juga untuk kecantikanmu yang tidak akan pudar saat kamu mengenakan hijab..#walaupuntudungqedot,” tulisnya.

Dalam pada itu, perkongsian pelakon 46 tahun itu mendapat pujian daripada peminat.

Semoga perkongsian Che Ta dapat menjadi panduan kepada semua kaum wanita di luar sana.

Foto : Instagram Rozita Che Wan

Published by
Nazar Rafiqhi