Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri terpaksa tangguh pelancaran lagu raya terbaharunya yang berjudul Chukucuraya susulan keadaan terkini isteri, Datin Seri Nor Shahida yang sedang menghitung hari bersalin anak keenam.

Menurut Aliff, Shahida terpaksa dikejar ke hospital dan dia memohon maaf kerana terpaksa melancarkan lagu serta muzik video lagu berkenaan ke suatu tarikh lain.

“Kecemasan Isteri Masuk Wad Sakit Nak Bersalin,” – Aliff Syukri Tangguh Lancar Lagu Raya, Minta Maaf

Ads

“Saya mohon kemaafan kepada peminat-peminat setia saya sebab tak boleh keluarkan lagu ni. Sebenarnya saya nak lancarkan lagu ni esok.

“Cuma emergency wife saya masuk wad sebab sakit nak bersalin jadi saya mohon maaf lagu ni terpaksa saya hold dulu dan terpaksa lewatkan.

“Kena fokus jaga wife dan baby nak lahir ni. Lagu ni nanti lambat sikit relase ya. Korang kena sabar,” tulisnya di Instagram, pada Ahad.

Ads

Menerusi platform sama, Aliff turut berkongsi momen Shahida yang kini sedang menerima pemantauan rapi pihak hospital.

“Kecemasan Isteri Masuk Wad Sakit Nak Bersalin,” – Aliff Syukri Tangguh Lancar Lagu Raya, Minta Maaf

Ads

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI