Pengacara Roslan Shah meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila terpaksa berpatah balik dari kastam Johor Bahru gara-gara sekatan ke luar negara bermula 18 Mac 2020 atas kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Luahnya menerusi Instagram, pada mulanya dia menaiki bas untuk ke Singapura namun terkejut dengan lautan manusia di Kastam Johor Bahru sebelum mengambil keputusan berpatah balik.
Malah kesesakan laluan keluar masuk juga menyebabkan dia membatalkan niat ke sana untuk menaiki kereta.
Lebih menghampakan, pengacara ini turut mendakwa hotel di Johor Bahru telah menutup operasi sehingga 31 Mac depan.
“Rasa terkilan Dan kecewa Cik lan Tak dapat masuk Ke Singapura tadi……Cuba balik laluan Naik bus tetapi sampai ke kastam JB tadi petang rasa terkejut Lautan Manusia Serta Ribuan Manusia penuh sesak Dan cik lan patah balik ke Hotel,JB Dan hubungi kawan cik lan untuk menaiki kereta malam jam 10 tetapi lebih lagi teruk keadaan Jem.
“Nak Masuk ke Singapura Dan jugak laluan nak masuk Ke Johor Bahru pun dari Woodlands Jem teruk….Terpaksa lah cik lan stay di Johor Bahru di Hotel.
“Apabila dapat tahu pihak Hotel Esok ( Rabu ) Semua Hotel seluruh JB akan di Tutup sampai 31 March 2020….Alamak cik lan nak tidur Mana ya ? Terfikir tadi ? nekad esok cik lan tidur di dalam kereta aje lah ….ermmm.
“Ada orang JB cik lan tumpang tidur boleh Tak ?….saja gurau cik lan Tak nak menyusahkan orang hehehehehe…gara gara covid 19…nak buat macam Mana terpaksa kena redha aje ya….#share3 #Love3,” kongsinya.
Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dengan menyekat sebarang pergerakan keluar dan masuk Malaysia bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.
Foto : Instagram Roslan Shah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI