Selebriti antarabangsa dan usahawan popular, Paris Hilton berkongsi rasa sedih apabila saiz kepala anak sulungnya yang baru berusia sembilan bulan dijadikan bahan kejian netizen.
Paris meluahkan rasa itu di ruangan Instagram Stories miliknya apabila foto anaknya, Pheonix Barron yang dimuat naik di Instagram menerima komen kurang enak. Sebagai ibu, semestinya perkara itu membuatkan dirinya berasa kecil hati dan sedih.
“Menjalani kehidupan yang diperhatikan ramai, menerima komen adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi menyasarkan anak saya, atau orang lain dalam hal itu, adalah tidak boleh diterima. Ini menyakitkan hati saya lebih dalam dan tidak tergambar dengan kata-kata.
“Saya telah bekerja keras untuk memupuk persekitaran yang mementingkan kasih sayang, rasa hormat dan penerimaan, dan saya mengharapkan perkara yang sama sebagai balasan.
“Jika saya tidak memuat naik gambar bayi saya, orang menganggap saya bukan ibu yang hebat dan jika saya memuat naiknya pula, ada orang yang kejam dan penuh kebencian,” ujarnya meluahkan kekecewaan.
BACA JUGA: “That’s Panas” – Teruja Dapat Bertemu Paris Hilton, Shaza Bae Terharu Dilayan Umpama Rakan Baik
Pheonix Barron Hilton Reum dilahirkan pada 16 Januari 2023 menerusi khidmat ibu tumpang atas faktor kesihatan Paris yang tidak mengizinkan. Sebelum itu, Paris terlebih dahulu telah melangsungkan perkahwinan dengan Carter Reum pada 11 November 2021.
Menyingkap makna memiliki seorang anak, Paris menambah lagi, “Phoenix adalah dunia saya dan telah menjadi rahmat terbesar dalam hidup ini. Setiap hari bersamanya adalah satu peringatan tentang perkara yang benar-benar penting.”
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI