Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida pada Jumaat ada berkongsi mengenai rekod pada 25 Mei lalu berkaitan kes harian jangkitan Covid-19 di seluruh dunia.

Menerusi carta yang dikongsi, Malaysia menduduki senarai teratas diikuti Peranchis dan India.

Kecewa Kes Covid-19 Mencanak Naik… “Perlu Ke Jadi Juara Dunia Cara Gini?,” – Datuk Seri Vida

“PERLU KE JADI JUARA DUNIA CARA GINI?,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen beserta emoji, seolah-olah memberikan gambaran kecewa terhadap situasi yang berlaku.

Ads

Meninjau ke rungan komen, warga net turut sama berkongsi rasa sedih dan bimbang, selain ada yang mengharapkan agar perlaksaan ‘total lockdown’ mampu memberi impak positif bagi mengekang jangkitan wabak berkenaan terus meninggi.

Kecewa Kes Covid-19 Mencanak Naik… “Perlu Ke Jadi Juara Dunia Cara Gini?,” – Datuk Seri Vida Kecewa Kes Covid-19 Mencanak Naik… “Perlu Ke Jadi Juara Dunia Cara Gini?,” – Datuk Seri Vida

Ads

Setakat Jumaat, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

Terbaru pada Jumaat malam, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021 depan.

Ads

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, ia antara lain menjelaskan sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan yang dibuat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI