Kecewa Terbeli Kuih Basi, Michael Ang ‘Tak Rela’ Nak Jejak Ke Bazar Ramadan Lagi?

Share

Antara yang paling dinanti ketika kedatangan bulan Ramadan pastinya kemeriahan bazar yang menyajikan pelbagai juadah menarik untuk berbuka puasa.

Golongan selebriti juga dilihat tidak mahu ketinggalan sama merasai kemeriahan tersebut selepas dua tahun bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi demi mengekang penularan wabak Covid-19.

Namun, lain jadinya buat pengarah Michael Ang yang mana dia ‘berikrar’ tidak mahu menjejakkan kaki ke mana Bazar Ramadan selepas ini gara-gara terbeli kuih basi.

“Semalam beli kuah melaka yang sekeras-keras batu kat pasar ramadan aku senyap lagi, hari ini kuih koci yang lembik macam entah apa inti pun macam rasa masam-masam sikit macam dah nak basi!

“Semua nak cari rezeki lebih untuk raya tapi kita yang beli ini pun guna duit dari hasil kerja kita juga!

“Tak baik berniaga macam ni ya. Kalau nak berniaga tu buat la betul-betul sikit. Tiada lagi pasar Ramadan untuk tahun ni!” tulisnya di laman Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan Michael malah mereka turut berkongsi pernah berhadapan dengan pengalaman sama seperti dialami selebriti berusia 47 tahun itu.

“Niaga untuk duit bukan niaga niat ikhlas. Dah banyak kali kena. Sometimes terfikir. Dia orang tak rasa dulu ke? Tak risau ke orang beli menyumpah.

“Betul, sejak 2018 saya dah berhenti bazar ramadan… sebab makanan basi, tak sedap dan tiada rasa.

“Saya pun terkena hari ini dimsum liat dan tak rasa apa dah macam kunyah chewing gum,” tulis netizen.

Tahun ini, Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dua tahun ‘direhatkan’.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini. Klik di sini.

Foto: Instagram Michael Ang

Published by
Juliana Johar