Pelakon dan hos, Scha Alyahya menzahirkan rasa kecewa dengan insiden menimpa rakan artis, Naim Daniel selepas ibu bapanya diugut bunuh hanya kerana berbeza pendapat mengenai gerakan ‘Blockout 2024’.

Menurut Scha, tindakan seperti ini seakan sudah lari daripada matlamat asal dan kini ia menjadi serangan peribadi.

Malah tambah menyedihkan apabila ia disalah tafsir sekaligus membuatkan rakyat di negara ini berpecah belah.

Kecewa Ugutan Bunuh Ibu Bapa Naim Daniel, Scha Alyahya Tak Teragak Ambil Tindakan Sama Jika Terkena

“Fitnah-menfitnah, permusuhan, dengki mendengki dan mewujudkan
persepsi buruk, itulah realiti nya.

“Kalau niat baik, realisasikan dengan cara atau amalan yang baik. Jangan bersifat personal. Sekarangkan dah bergaduh sesama bangsa sendiri, ugut sana sini,” tulisnya.

Ads

Luahan itu dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories.

Disebabkan komen melampau tersebut, Naim dilaporkan sudah pun membuat laporan polis.

Lantaran itu, pelakon filem Evolusi KL Drift 2 ini turut menegaskan dirinya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama sekirnya ini berlaku kepada dirinya.

Kecewa Ugutan Bunuh Ibu Bapa Naim Daniel, Scha Alyahya Tak Teragak Ambil Tindakan Sama Jika Terkena

Ads

“Check hati masing masing. Sebab saya pun tak akan teragak agak akan mengambil tindakan yang sama bila saya berada di situasi yang sama macam ni,” katanya lagi.

Baru-baru ini, nama isteri kepada aktor Awal Ashaari itu disenaraikan dalam gerakan Blockout 2024 selepas didakwa tidak peka dengan nasib rakyat Palestin apabila mempromosikan jenama penyokong Israel.

Selain Scha, suaminya turut menjadi sasaran netizen bersama beberapa selebriti lain termasuk Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha dan Neelofa.

Ads

Kecewa Ugutan Bunuh Ibu Bapa Naim Daniel, Scha Alyahya Tak Teragak Ambil Tindakan Sama Jika Terkena

Selepas itu, Scha tampil menegaskan bahawa tiada siapa berhak menghukum pekerjaan dan rezeki seseorang sehingga perlu menghamburkan caci makian bertalu-talu.

Dia juga percaya tiada kuasa untuk menolak rezeki yang telah ditetapkan untuk dirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Scha Alyahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI