“Kecil Je…’Kering’ Jer Orangnya…,” – Tok Ram Throwback Pertama Kali Jumpa Fauziah Latiff Sekitar 3 Dekad Lalu

Share

Penyanyi senior, Fauziah Latiff secara ekskusif menerusi program Di Balik Idola beberapa minggu lalu ada mengimbas kembali detik awalnya saat bergelar penyanyi lebih 30 tahun lalu.

Katanya, fasa permulaan dirinya bergelar penyanyi adalah bertitik tolak dan minat yang disokong bapa tercinta, Allahyarham Sheikh Abdul Latiff.

“Suatu hari, arwah bapa bersama rakannya ada mengenali komposer S.Atan. Itulah kali pertama saya bertemu dengannya di Kuala Lumpur. Pertama kali jumpa seorang komposer yang dihormati.

“Dia kan tinggi dan wajahnya agak garang kemudian dia ada tanya saya nak jadi penyanyi ek? Lalu dia terus suruh saya nyanyi…macam tu saja. Kebetulan, malam tersebut pun ada konsert dan saya kena nyanyikan dua lagu tanpa henti.

“Di situ ada band dan kami praktis beberapa kali sebelum konsert berlangsung. Rasanya ia pada tahun 83 macam tu,” katanya seperti yang dipetik menerusi program tersebut.

Sementara itu, Datuk Ramli MS yang turut ditemu bual pula menambah, dia pertama kali bertemu dengan juri program Mikrofon Impian itu ketika masih di bangku persekolahan.

“Saya kenak dia dengan arwah bapanya ketika datang ke studio dengan mengenakan baju sekolah. Seingat saya sekitar 80-an dulu. Kecil je…’kering’ je orangnya.

“Yes, dia gadis yang lemah-lembut. Dari situlah saya mula kenali dia,” terang Tok Ram lagi.

Foto: Instagram Fauziah Latiff, carian Google

Published by
Rafiq Mazlan