Usahawan kosmetik, Sajat kesal apabila rumah pembantu peribadinya, Mokkay dirompak sedangkan sistem keselamatan di kediaman berkenaan itu cukup ketat.
Berkongsi rakaman kejadian sewaktu pihak polis datang melakukan siasatan, dia turut meluahkan rasa apabila penjenayah melakukan aktiviti di bulan Ramadan.
“Sedih nya… rumah @mokkay_ dan @diamonds_isabella_official kena rompak!!!
“Takut nya… kenapa boleh mcm ini!!! condo nak naik lift pun kena guna kad,nak masuk punya lah susah!! tetapi boleh pulak kena rompak!!!
“Memang tak faham!!! dah ketat dari segi kawalan,tetap kena rompak!!!!,” jelasnya.
“Rumah Mokkay kena rompak dengan kak Syer. Teruk tau,I naik jerawat memikir
“Memang hantu dah kena ikat tapi manusia tak boleh ikat. Perangai macam hantu.
Kesian kak Syer. Sabarlah,” katanya menerusi video yang dimuat naik.
Dalam pada itu, penyanyi Makhluk Penggoda ini turut mendedahkan barangan yang hilang ketika rompakan.
Mempersoalkan sistem keselamatan di kediaman pembantu peribadinya itu pula, netizen membuat andaian bahawa kes yang berlaku mungkin dari kalangan penghuni sama.
Foto : Instagram Sajat