Uncategorized

Kecoh! Bila Tan Sri Michelle Yeoh Sebut Nama Malaysia Dalam Siri Star Trek

Share

Siapa tak bangga kalau nama Malaysia tiba-tiba disebut dalam drama antarabangsa? Oleh anak Malaysia pulak tu.

Baru-baru ini, siri televisyen sains fiksyen terbitan Amerika Syarikat, Star Trek Discovery yang turut menampilkan Tan Sri Michelle Yeoh ada berkata mengenai Malaysia.

Michelle yang memegang watak Kapten Philippa Georgiou mengeluarkan dialog mengatakan dia berasal dari Pulau Langkawi, Malaysia.

Ternyata video dimana dia mengatakan nama tersebut mendapat perhatian rakyat Malaysia sekaligus menjadikan ia viral di laman media sosial.

MH sebagai salah seorang anak Malaysia pun tentulah bangga dengar nama tanah air di dalam siri antarabangsa kan?

 

Rata-rata mereka memuji Michelle dalam siri tersebut serta lakonannya. MH rasa lepas ni mesti ramai yang ingin menonton siri tersebut kan?

Dalam pada itu, pulau Langkawi merupakan salah satu tempat peranginan popular di Malaysia, tentu selepas ini ramai pelancong luar akan datang ke pulau lagenda itu.

Sumber: Bernama