Kecoh di media sosial apabila pelakon Hannah Delisha dan suaminya, Muhammad Imam Shah yang didakwa sudah pun berumahtangga dengan lebih setahun lalu.

Perkara tersebut tiba-tiba menjadi spekulasi selepas ibu mentua Hannah, Mariana Yati didakwa ada berkongsi beberapa gambar majlis perkahwinan anak dan menantunya di media sosial, termasuk salah satu foto yang turut dihadiri pelakon dan hos, Eleena Sui.

Menerusi foto tersebut, Eleena mengenakan persalinan rona biru gelap dengan diapit antara pasangan tersebut di pelaminan.

Meninjau ke ruangan Instagram Elena, selebriti itu pernah berkongsi foto mengenakan persalinan hampir sama pada 19 Februari 2020 lalu Eleena dan kelihatan seolah-olah duduk di pelamin.

Turut dikongsi ialah video pendek dengan persalinan sama dengan kapsyen; ‘Good morning Singapore, Im ready!’.

Ads

Pada entri tersebut, Eleena kelihatan berbadan langsing, berbeza dengan penampilan terbaharunya dalam foto yang dikongsinya di Instagram awal bulan lalu yang sedang sarat mengandung anak pertama.

Lalu kini sudah timbul tanda tanya mengenai tarikh sebenar pasangan selebriti Singapura itu disatukan sebagai pasangan suami isteri?

Ads

Malah menerusi ruangan komen pada entri lama yang dimuat naik Elena itu, pengguna media sosial juga mulai meninggalkan pelbagai reaksi.

Setakat ini, sudah beratus komen yang diberikan. Antaranya;

“Baru sikit orang, nanti datang balik,” kata seorang warganet sambil disusuli dengan emoji berbentuk api.

Ads

“Jap nak teliti rekaan pelamin tu sama x dengan pic pelamin hanna,” komen seorang lagi warganet.

“Aku datang dari Facebook!”, jelas seorang lagi warganet pada ruangan komen.

Terdahulu, media melaporkan pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Februari iaitu genap lima tahun selepas menjalin hubungan sejak tahun 2016.

Pernikahan pasangan itu  didaftarkan di Registry of Marriage atau Biro Lesen Perkahwinan Singapura.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI