
Spekulasi perceraian Ratu Moscow 2015, Rihana Oksana Gorbatenko, bertebaran hari ini selepas beberapa media utama mendakwa wanita berusia 27 tahun ini diceraikan dengan talak tiga selepas mendapat kelulusan Mahkamah Syariah.
Figura cantik ini pernah menggemparkan negara selepas 10 keping gambar perkahwinan yang memaparkan imej bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V tersebar di platform media sosial selepas ia dimuat naik oleh seorang jurugambar Rusia, Maxkoliberdin.
Selain memegang tahkta sebagai Ratu Moscow 2015, Rihana juga difahamkan pernah mencipta jenama pakaian renang.
Ini antara trivia menarik Oksana yang mungkin ramai tak tahu.
– Dilahirkan pada 10 Julai 1992 di Astrakhan, Rusia dengan nama Oksana Andreyevna Voevodina.
– Bapanya, Andrei Ivanovich Gorbatenko merupakan pakar bedah ortopedik manakala ibunya, Lyudmila Voevodina seorang pemain piano dan juga bekas ratu cantik.
– Memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 2013 dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Pengurusan pada 2016. Oksana merupakan pakar dalam pemasaran antarabangsa.
– Dilaporkan memeluk agama Islam pada awal tahun 2018 dan menukar nama kepada Rihana Oksana Gorbatenko
– Khabarnya, jelitawan ini bertemu suaminya ketika musim bunga 2017 di Eropah.
-Berkahwin pada Jun 2018, bagaimana pun, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung perkahwinan yang diperkatakan.
-Dikurniakan seorang anak, Tengku Ismail Leon Petra ibni Sultan Muhammad V pada 21 Mei 2019.
Foto : Instagram Rihana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ainul Aishah Umum Hamil Anak Pertama. Kandungan Sudah Masuk Trimester Kedua

Pelakon dan model, Ainul Aishah mengumumkan yang dia kini sedang mengandung cahaya mata sulung bersama suaminya, Khalid Redzuan.
Berkongsi berita tersebut di Instagram, Ainul yang tampil cantik berhijab dalam foto yang dimuat naik kelihatan memegang bahagian perutnya yang semakin membesar bersama suami yang tersenyum melihat ke dalam cermin.
“Sewaktu trimester pertama saya, kami jarang keluar bersama kerana saya rasa kurang sihat setiap hari. Saya ada banyak gambar saya kelihatan seperti orang mati dalam album suami.
“Tetapi ini gambar kami dan mungkin ini antara yang paling saya sukai ketika ini, mengharungi trimester kedua dan kandungan yang jelas kelihatan,” kongsinya menggambarkan keadaan diri.
Sebelum itu dalam hantaran yang terlebih dahulu dimuat naik, pelakon filem Nana Tanjung ini berkongsi mengenai perasaan saat mengetahui dirinya mengandung.
“Kami gembira untuk berkongsi berita tentang kegembiraan baharu ini. Terima kasih Allah kerana memberikan degupan jantung yang ajaib ini bersama-sama dengan saya dalam tubuh saya.
“Saya sudah lama ingin menjadi seorang ibu tetapi saya tidak tahu sama ada saya mempunyai rezeki untuk memilikinya. Saya sangat gembira apabila saya mendapat tahu bahawa saya hamil. Saya yakin perancangan Allah untuk saya dan suami,” ujarnya.
Imbas kembali, Ainul dan suami telah melangsungkan perkahwinan pada 20 September 2022.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Kerana MLS3, Ini Impian Sejak Kecil,”- Namie Umum Berhenti Terus Jadi Guru, Mohon Maaf Sebab…

Enggan lagi mahu berselindung, personaliti media sosial yang juga merupakan juara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Namie akhirnya mengesahkan telah secara rasmi berhenti berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan.
Bagaimanapun, Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin menjelaskan, keputusan tersebut dibuat bukan kerana penyertaannya di MLS3, sebaliknya ia telah diputuskan sejak bulan tiga yang lalu.
Katanya lagi, dia juga sebenarnya sudah memasang impian untuk bergelar selebriti sejak usianya masih kecil.
“Pertama sekali saya memohon maaf kerana merahsiakan perkara sebenar. Saya sebenarnya sudah berhenti sebagai seorang guru sebab ingin mengejar impian di dalam industri seni.
“Saya tolak tepi segala tomahan yang mengatakan saya tak sayang pencen dan kerjaya kerajaan. Jangan salah anggap, saya bukan berhenti kerana MLS3. Saya berhenti sejak bulan Mac lagi.
“Saya terpaksa sembunyikan perkara ini kerana tidak mahu mental dan privasi saya terganggu. Saya merahsiakannya demi kebaikkan diri dan keluarga.
“Kalau saya beritahu lebih awal, sudah tentu ia akan mengganggu perjalanan saya di MLS3. Terimalah saya seadanya dan terima saya juga di dalam industri ini,” katanya kepada MH.
Pendedahan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Namie sewaktu sidang media selepas tamat program MLS3 yang berlangsung di Bukit Jalil pada Jumaat.
Jelas Namie lagi, antara salah satu sebab dia memutuskan untuk berhenti adalah kerana tidak mahu mencalarkan imej profesionalisme seorang guru.
“Perjalanan ini sudah ditentukan tuhan. Proses berhenti langsung tidak menyusahkan saya. Sewaktu putuskan nak berhenti, dua orang pegawai Kementerian Pendidikan datang berjumpa saya.
“Kami bertemu dan mereka bertanyakan keputusan saya ini. Saya katakan kepada mereka, kalaulah satu hari nanti saya mencalarkan imej profesionalisme perguruan, adakah pihak tuan akan suka?
“Jadi mereka hormati keputusan saya. Ketika bergelar guru, saya memang sudah aktif di media sosial. Walaupun konten saya bukannya negatif tapi ada kalanya saya berpewatakkan wanita atau jadi bodoh-bodoh sikit.
“Saya tak mahu perkara tersebut mencalarkan imej perguruan saya,” katanya kepada MH.
Ketika ditanya mengenai penerimaan keluarga, Namie mendedahkan pada awalnya memang agak sukar namun, dia telah membuktikan apabila diumumkan selaku juala MLS3.
“Penerimaan keluarga pada mulanya memang agak sukar tapi saya buktikan dengan kejayaan saya. Mereka pun nampak saya ke bidang ini bukan suka-suka.
“Ketika bagitahu kepada isteri pula yang saya nak berhenti, respon dia mudah ‘berhenti jelah’ kerana dia kenal saya. Dia tahu apa yang saya suka dan tak suka. Dia juga sangat positif dan itu yang buat saya lebih bersemangat.
“Saya percaya kepada rezeki. Orang pun tak tahu pekerjaan lain saya. Tak perlulah saya nak dedahkan semuanya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Namie yang menganggotai kumpulan UBI bersama pelawak Fad dan Sharif telah dinobatkan selaku juara MLS3 sekali gus membawa pulang hadiah utama RM150,000 dan trofi.
Malah, Namie juga menyifatkan kemenangan ini sebagai tuah anaknya yang kini baru berusia enam bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Mengapa Bukan?,” – Sasha Akui Selesa Luah Perasaan Dalam Bahasa Inggeris, Jelaskan Apa Sebabya

Penyanyi dan pelakon, Sasha Saidin mendedahkan sebab mengapa dirinya memilih untuk meluahkan perasaan di dalam Bahasa Inggeris buat para pengikutnya di Instagram.
Anggota kumpulan Elite itu menjelaskan, meski dia mahur mahir berbahasa kebangsaan, namun ibunya yang merupakan guru Bahasa Inggeris yang memberi penekanan terhadap bahasa tersebut menyebabkan ia berlaku.
Malah, Sasha turut mendapat keputusan yang cemerlang menerusi mata pelajaran berkenaan.
“Bahasa Jiwa Bangsa. Sejujurnya saya lebih selesa meluahkan perasaan saya dengan menggunakan bahasa Inggeris. Tak mengapa bukan? Mungkin bagi saya apabila ditanya mengapa saya lebih gemar bercerita dalam bahasa Inggeris saya jadi hairan. Mengapa tidak?
“Saya bersekolah di SK (P) Bukit Bintang dari Darjah 1 sampai Tingkatan 5 dan boleh berbicara dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
“Jawapannya mungkin kerana ibu saya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang sangat cerewet dalam memastikan kami boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik? Yang pasti gred A saya berjaya perolehi untuk kertas 1119 yang mengikut piawaian British ‘O’ Levels adalah perkara yang harus baginya.
“Untuk mendapat keputusan itu bukan senang. Banyak buku Inggeris yang harus saya baca, lagi-lagi berbentuk kesusasteraan klasik. Tu belum termasuk berpuluh-puluh karangan saya harus tulis dan pembetulan yang disalin berulang-ulang kali setelah diperiksa,” jelasnya.
Lalu, ia secara tidak langsung membuatkan ibu kepada seorang cahaya mata ini untuk lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris selain Bahasa Melayu.
Pada masa sama, Sasha turut berkongsi mengenai sebuah kitab dengan terjemahan Inggeris yang cukup bermakna bagi dirinya.
“Hasil daripada itu saya menjadi lebih cendurung kepada penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian saya.
“Buku kitab Al Quran dengan penterjamahan Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali kepunyaan ibu saya adalah buku yang sangat istimewa bagi saya bukan sahaja kerana buku itu telah membimbingnya sebagai seorang muaalaf malah ia telah dapat membantu diri saya melalui kemurungan.
“Bermula dari situ saya mencari buku-buku khasanah pemikiran Islam dalam bahasa Inggeris di toko-toko buku sekitar Kuala Lumpur antaranya di @dakwahcornerbooks yang menjual buku-buku dan video-video cendekiawan serta ulama dari seluruh dunia memberikan perspektif Islam yang sangat optimistik dan membina.
“Bagi saya apa pun bahasa yang digunakan kita harus berbahasa dengan baik dan benar supaya apabila kita serasi dan sebati menyampaikan apa yang mahu disampaikan dari jiwa ianya tulus dan ikhlas.
“Bak pepatah “Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.” #p/s Teruja jumpa @dakwahcornerbooks cawangan Mekkah,” titip Sasha yang difahamkan baru sahaja selesai menunaikan umrah bersama suami tersayang.
View this post on InstagramA post shared by Princess Sayang (@sashasaidin) on
Foto: Instagram Sasha Saidin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI