Kecoh Dikata Aiman Hakim & Zahirah Bercinta Tapi Netizen Tak Sabar Nak Lihat Reaksi Fathia Latiff, Kenapa?

Share

Baru-baru ini, pelakon Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza muat naik foto bersama berserta dengan ucapan ‘sweet’ penuh makna.

Itu membuatkan netizen banyak berspekulasi bahawa pasangan itu bercinta apatah lagi wujudnya hashtag ZahirAH lebih menguatkan andaian ramai.

Susulan itu, kelihatan ramai yang tidak sabar untuk melihat reaksi bekas kekasih Aiman iaitu Fathia Latiff mengenai perkara itu.

Malah, ada juga yang mengharapkan agar perkara itu bukan sekadar gimik untuk melariskan drama lakonan mereka berdua sahaja.

Sebelum ini, Aiman dan Fathia putus cinta pada tahun 2015 lalu selepas bercinta selama dua tahun, namun baru-baru ini Fatiya ada menjelaskan bahawa pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu masih belum menjelaskan hutang kepadanya.

Bagaimanapun, menjengah di laman Instagram Fathia, kelihatan pelakon Drama Dia Isteri Luar Biasa itu seperti tidak terkesan pun dengan berita itu.

Foto/Instagram: Aiman Hakim Ridza & Fathia Latiff

Published by
Khaleeda Rashikin