
Baru-baru ini, kecoh menerusi di media sosial apabila tularnya foto pelakon dan usahawan, Elfira Loy yang dirakam bersama seorang lelaki, dipercayai teman baru selebriti cantik berkenaan.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Elfira mengenai isu tersebut.
Tiba-tiba, viral pula mengenai desas-desus pasangan ini sudah pun melangsungkan ikatan pertunangan pagi Ahad, sekitara jam 10.00 pagi. Difahamkan, majlis yang dilangsungkan di Alam Damai hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Malah pelakon tersebut juga tidak memuat naik apa-apa foto berkaitan majlis yang hangat diperkatakan. cumanya, El (panggilan mesra buat Elfira) hanya memuat naik gambar berbentuk ‘hati’ menerusi Insta Stories awal hari ini.
Ramai yang menganggap, bayangan tersebut dikatakan ada hubung kait dengan majlis tunang yang telah pun berlangsung. Apa pun, kalau betul ada majlis penting melibatkan El pada Ahad, tahniah dari MH.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nangis Sebab Orang Letak Nasi Sikit Nak Makan,” – Elfira Loy Kongsi Pengalaman Pertama Pantang

Pelakon Elfira Loy kini sedang melalui fasa berpantang selepas selamat bergelar ibu pada 1 Oktober lalu.
Selepas melahirkan anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf, bintang drama bersiri Syurgamu Ramadan kini kian berkerap kongsi pengalaman berpantang menerusi akaun Instagram miliknya.
“tak pernah nangis sebab orang letak nasi sikit nak makan, haha . Ni dikira postpartum symptom ke ni symptom taknak kuruskan badan.
“Semua makanan el awal awal atuk el masak, sekarang mama ngan cl el kak nurul yang masakkan,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mengharapkan agar pelakon berusia 25 tahun itu dapat menjalani fasa berpantang dengan baik.
Untuk rekod, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari lalu di Cyberview Resort, Cyberjaya.
Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pasal Kahwin, Bagi Saya Terlalu Banyak Versi Cerita…,” – Neelofa Sentuh Isu Jodohnya

Pengacara dan ahli perniagaan berjaya, Neelofa sebelum ini pernah menyatakan pendiriannya mengenai soal jodoh.
Ditanya mengenai soal tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran program bual bicaranya, Next To Neelofa tidak lama dulu, figura berusia 31 tahun menegaskan dirinya akan berkongsi mengenai perkara tersebut seandainya semuanya sudah kukuh dan pasti.
Mengharapkan doa yang baik dari semua pihak, Neelofa juga tidak menafikan pelbagai versi timbul berhubung soal peribadinya.
“Pasal kahwin bagi saya terlalu banyak versi cerita sementelah saya dikaitkan dengan beberapa orang sebelum ini.
“Tidak akan saya kongsi atau berikan kata putus selagi itu (berkahwin) tidak terjadi dalam hidup saya.
“Saya akan beritahu rakan media, akan kongsi kalaulah perkara yang baik ini akan berlaku. Saya gemar untuk kongsikan ia dengan semua orang.
“Apa yang boleh saya minta sekarang ialah doa yang baik, contohnya agar saya menjadi anak, isteri, bertemu jodoh yang baik. Itu saja yang saya minta, katanya.
Neelofa pada masa sama kurang selesa dengan kisah sensasi serta spekulasi yang digembar-gemburkan.
“Tak mahulah orang buat gosip, buat telahan itu dan ini.
“Kalau nak diikutkan pada umur saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin. Memang relevan untuk ditanyakan hal itu.
“Cuma kalau ditanya sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan.
“Bagaimanapun ia mengikut kepada situasi, misalnya apa yang berlaku sekarang dan sebagainya,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hilang 1, Saya Ganti 6,” – Dakwa Diana Danielle Yang Salah Letak, Farid Kamil Nafi Jadi Punca Cincin Hilang

Setelah sekian lama berdiam diri, pelakon, Farid Kamil akhirnya tampil menafikan dakwaan isterinya yang juga merupakan pelakon Diana Danielle yang mengatakan dirinya menjadi punca dia kehilangan cincin perkahwinan.
Menurut Farid, cincin tersebut hilang ketika Diana sedang menjalani proses kelahiran anak kedua mereka, Nur Aurora, 8.
“Sebenarnya, cincin perkahwinan yang saya berikan kepada Diana itu dia yang pakai dan dia juga yang salah letak ketika Aurora dilahirkan di Bangsar menerusi proses ‘water birth’.
“Ketika proses kelahiran tersebut berlangsung, jam dan barang kemas harus dibuka. Jadi, Diana buka dan letakkan di dalam beg. Ketika mahu pulang, cincin tersebut sudah tidak ditemui
“Saya juga cuba mencari dan akibat cincin itu tidak ditemui, dia menangis dan bersedih. Jadi, untuk menghalang dia daripada terus bersedih selepas menyambut kelahiran bayi kedua kami, saya katakan yang cincin itu bukan penting, cincin boleh beli tapi kegembiraan pada masa itu, kita tidak akan boleh beli.
“Saya tak sangka benda itu boleh jadi perkara besar dan saya berjanji, saya akan belikan yang baharu. Alhamdulillah daripa hilang satu cincin, saya sudah menggantikan enam untuk dia,” katanya kepada MH.
Lantaran itu, Farid berharap agar tawaran perdamaian yang dibuat kepada Diana dapat melembutkan hati isterinya itu.
Selain cincin, Farid turut memberikan tawaran berupa sebuah kereka Vellfire, pendahuluan nafkah dan bayaran semula tiket umrah.
Sebelum ini, Farid telah membawa sejambak bunga dan sebentuk cincin untuk diberikan kepada isterinya, Diana Danielle ketika proses pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 28 Mac lalu.
Cincin itu dikatakan hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.
Bagaimanapun, Diana ketika ditanya mengenai cincin tersebut berkata ia adalah cincin yang pernah dihilangkan oleh Farid, sejak lapan tahun yang lalu.
Farid berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas menjalani prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, dari jam 11.45 pagi sehingga 1 petang tadi.
Pelakon itu turut ditemani peguam syarie mewakili Farid iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan.
Seterusnya, Fakhrul mengesahkan pasangan itu akan menghadiri sulh kedua pada 25 Mei depan berikutan Diana tidak dapat hadir pada prosiding hari ini.
Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI