Filem Rompak melakar sejarah tersendiri apabila diterbitkan dengan memanfaatkan teknologi baru NFT (Non-Fungible Token) yang didokong oleh ribuan ahli komuniti yang menjadi pemegang NFT bagi filem ini.
Filem yang dibintangi barisan bintang terkenal seperti Zizan Razak, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, MK K-Clique dan Azhar Sulaiman ini bakal menjadi karya filem pertama di Asia Tenggara yang memanfaatkan teknologi NFT.
Rompak mengangkat tema isu penipuan dan ‘scam’ yang seringkali berlaku di kalangan masyarakat negara ini.
Diterbitkan secara bersama antara portal kewangan Intraday.my dengan syarikat produksi 4ward Pictures, telah dilangsungkan majlis tayangan perdananya di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran ratusan pemegang NFT filem ini sekaligus melancarkan iklan digital NFT 3D dan runut bunyi lagu filem berkenaan berjudul Tragis.
Lebih istimewa, pelancarkan tersebut turut disiarkan di papan iklan digital gergasi di pintu masuk pusat beli belah Pavilion dengan disaksikan ribuan pengunjung.
Produksi filem Rompak terbitan Intraday.my menjadi yang pertama memanfaatkan NFTdengan utiliti khas kepada pemiliknya dan bukti pemilikan NFT ini disimpan di dalam rantaian blok, menjadikannya “tidak boleh diubah” dan unik sehingga mempunyai nilai tersendiri yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
Menurut, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Moshed Mohamad berkata sudah tiba masanya NFT diterima dan diguna pakai di negara kita.
Ads
“Dalam erti kata mudah, NFT iniboleh difahami melalui situasi sebegini. Bayangkan ada sebuah karya seni digital yang mempunyai pesona dan tarikan tersendiri tiba-tiba tular dan menjadi perhatian ramai.
“Tapi kita tahu, karya digital sebegitu mudah saja ‘dicuri’ sesiapa dengan kepesatan teknologi sekarang. Ada saja pihak yang sewenang-wenang ‘merompak’ tanpa memberikan kredit atau maklumat sumber diperolehi.
“Jadi melalui penggunaan NFT itu, karya seni ini boleh dilindungi dan disifatkan sebagai aset yang ada nilai tersendiri,” kata Moshed.
Tambah Moshed lagi, NFT ini terikat dalam satu kontrak yang berada dalam blok rantaian sampai bila-bila.
Ads
Katanya, pengguna atau peminat juga mempunyai hak milik tertentu ke atas karya filem itu bergantung cara pemilikan yang ditentukan pihak penerbitan.
“Umpama orang guna barang ‘rare’ atau barang koleksi edisi terhad. Barang itu tentunya asli dan kita boleh menjejaki siapa pemilik asalnya menerusi NFT. Blok rantaian itu pula dilihat seperti kod di mana orang luar dapat lihat dan tahu ia kepunyaan siapa.
“Seperti projek filem Rompak, kita keluarkan NFT yang dipanggil sebagai pemegang projek. Bererti mereka yang menyokong filem ini, kita boleh kesan mereka.
“Sebagai contoh, kita jual 1000 saham atau pegangan sebelum ini tanpa boleh tahu siapa mereka. Tapi sebaliknya dengan NFT kita boleh tahu. Mereka yang beli dan memiliki NFT filem ini juga dapat merasakan ia seperti karya kepunyaan mereka. Malah mereka juga mendapat manfaat termasuk keuntungan 20 peratus daripada royalti filem apabila ia ditayangkan nanti,” katanya.
Ads
Kepada mereka yang ingin mendapatkan NFT filem Rompak boleh layari intradaynft.io.
Jika melihat paras rupa aktres jelita serta usahawan, Sherry Ibrahim ini pastinya ramai tidak menyangka bahawa dirinya kini sudah berada di garis usia 40-an. Malah, kemulusan kulit wajah dan kecantikanya terserlah persis gadis di usia 20-an.
Hal ini demikian kerana Sherry sememangnya seorang yang menjaga kecantikan dan kesihatan. Lihat saja penampilannya yang sentiasa on point dan tubuhnya yang langsing. Pasti ramai yang nak tahu apa rahsia atau petua yang diamalkan.
Ketika disoal team MH, apakah rahsia Sherry kekal menawan, bertenaga dan stylish! Ini respon yang diberikan oleh pelakon, penyanyi, pengacara serta bekas pramugari Sherry Ibrahim!
“Sebenarnya saya tidak terlalu mengikut rules sangat. Ramai juga yang tanya saya mengenai tip-tip kecantikan.
“Jawapan saya mudah saja iaitu kena rajin dan paling ‘wajib’ tahu jenis kulit kita sendiri. Untuk badan pula saya aktif melakukan aktiviti bicycle lean class dan hit boxing.”
Wajah Sherry Pernah ‘Breakout’ Teruk!
“Saya pernah alami masalah jerawat yang sangat besar. Sebelum ini saya jarang ada masalah seperti ini. Kalau ada pun hanya jerawat kecil-kecil.
“Masalah jerawat besar itu agak menduga kesabaran kerana ia ambil masa untuk pecah. Kemudian ia meninggalkan kesan parut yang tidak cantik di wajah.
“Untuk mengatasinya saya buat rawatan laser di samping memakai serum dan masker secara konsisten. Alhamdulillah lama kelamaan ia hilang. Kulit saya kembali sihat dan bersih.
“Selepas itu saya lebih peka dengan penjagaan kecantikan kulit. Saya juga tidak suka memakai produk yang menyebabkan kulit berminyak terutama ketika tidur.”
Nak Kecantikan Terjamin? Tidur Je!
“Tidur yang berkualiti dan secukupnya adalah salah satu cara saya menjaga kecantikan kulit ketika kesuntukan masa.
“Tidak perlu memakai apa-apa produk kerana kulit akan kekal sihat dan bersinar secara natural.”
“Saya gemar berada di dalam bilik sambil menikmati haruman aromaterapi. Salah satu haruman kegemaran saya ialah pudina yang dapat membuatkan saya rasa segar dan tenang sepanjang tempoh me-time.
“Saya elakkan melihat telefon bimbit sebelum tidur. Begitu juga selepas bangun tidur saya tidak akan melihat telefon bimbit dalam 20 minit.
“Saya juga akan tidur secukupnya. Tak dinafikan hendak mendapatkan tidur yang berkualiti dan secukupnya agak sukar. Namun saya sentiasa berusaha jika ada peluang masa. Dengan amalan tersebut saya dapat melihat perubahan terutama pada kulit wajah.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Semakin menjadi-jadi selebriti menyahut cabaran #10yearschallenge.
Rata-rata daripada mereka termasuk pengguna media sosial lain gigih selongkar kembali foto-foto tahun 2009 untuk dipadankan dengan yang sekarang.
Bagaimanapun, awas ya sebab korang mungkin sedang diperhatikan sebab itu antara kata-kata penulis di laman Wired.com.
Kate O’Neill, besar kemungkinan trend ini adalah percubaan syarikat gergasi untuk melombong data.
“10 tahun lepas mungkin saya akan terlibat sama dengan trend ini dan muatnaik gambar di laman Facebook dan Instagram.
“Terfikir bagaimana data ini akan digunakan untuk melatih proses pengecaman wajah melalui perbezaan dan pengecaman umur.”
Jadinya, besar kemungkinan kita semua sedang memberi maklumat percuma kepada syarikat media sosial untuk dieksploitasi.
2. Ancaman Siber. Maklumat data ini boleh digunakan oleh penjenayah siber untuk menganalisis kehidupan peribadi anda.
3. Perbezaan wajah yang dipaparkan memudahkan syarikat media sosial menjual data kepada pengiklan dan anda kini dalam pemerhatian.
4. Sasaran polisi insuran. Melihatkan perbezaan tubuh badan dan bentuk wajah, mudah untuk agen insuran menawarkan polisi. Daripada kurus kepada gemuk, mudah dapat penyakit dan lebih senang menjual insuran.
5.Risiko paling besar. Agen mengumpul dosa bak kata ustaz ustazah. Semua galak membandingkan wajah 10 tahun yang lepas sampai terlupa batas dan maruah.
Sumber: wired.com
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jika sebelum ini Adele membuat hantaran terharu kerana tidak sangka Celine Dion hadir ke malam persembahannya, kini giliran penyanyi lagu My Heart Will Go...