Kesemua kandungan video yang dimuat naik menerusi saluran YouTube Sugu Pavithra dipercayai  telah pun dipadamkan pemilik akaun berkenaan, S. Pavithra dan suaminya, M.Sugu.

Pasangan suami isteri itu sebelum ini terpalit dengan kontroversi apabila Pavithra didakwa telah dikasari suaminya, baru-baru ini.

Lalu kini, akaun berkenaan yang mempunyai lebih 780,000 subscribers itu kini ‘kosong’ tanpa sebarang video yang terpapar.

Perkara tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya di kalangan warga maya dan ada di antara mereka yang meluahkan rasa sedih di media sosial apabila setakat ini, mereka tidak dapat lagi untuk mengikut seterusnya mencuba resipi yang dikongsi.

Ads

Saluran tersebut sebelum ini mempunyai hampir 100 buah video yang terdiri daripada video masakan serta akvitivi mereka sekeluarga.

Kecoh! Hampir 100 Video ‘Hilang’, Saluran Youtube Sugu Pavithra Kini Tiada Paparan, Yang Tinggal Hanyalah…

Terdahulu, pasangan tersebut mencuri perhatian ramai apabila Pavithra dikatakan telah dikasari suaminya, M. Sugu dalam satu kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, baru-baru ini.

Ads

Insiden tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan satu majlis pengiktirafan yang diterima Pavithra, Isnin lalu.

Malah suaminya, M. Sugu selepas itu turut berdepan satu pertuduhan di mahkamah berikutan memiliki senjata berbahaya.

Ads

Sementara Pavithra menerusi satu kenyataan pula memaklumkan, dia kini mahu menjalani kehidupan normal seperti insan biasa tanpa sebarang publisiti.

Sebelum ini, video masakan yang dimuat naik di YouTube mencetuskan sensasi di negara ini hingga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pasangan berkenaan mulai aktif memuat naik video di YouTube sejak awal tahun ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI