Menerusi entri terkini di laman media sosial Instagram, penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah ada memuat naik satu rakaman video bersama pengikutnya.
Menerusi posting terbabit, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berkongsi video wanita di dalam tong air besar berwarna merah sambil berkemban dan berkaca mata hitam.
Sehingga kini, ia meraih lebih 400,000 tontonan di kalangan pengguna Instagram.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 31 tahun ini telah menyahaktifkan ruangan komen di entri berkenaan.
Sebelum ini, penyanyi dan usahawan Mila Jirin sebelum ini ada menitipkan nasihat dan doa berhubung tindakan sahabatnya itu yang memuat naik foto wanita dalam keadaan yang mencolok mata.
Sekali lagi, Mila atau nama lengkapnya Nursyarmilla Jirin memberikan respon terhadap tindakan Nonny.
Perkara tersebut dibuat menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
“AKU CUMA ADA DOA ….AKU DOA MOGA ALLAH JENTIK HATI KAU…AKU DOA ALLAH KETUK KEPALA KAU. Sebab hanya Allah mampu ubah apa yang ada dalam kepala otak kau,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan agar perubahan yang baik buat Nonny.
Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin telah mula mengenakan hijab selepas pulang menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah, pada Januari 2019.
Foto: Instagram Nonny Nadirah, Mila Jirin