Nama ahli kumpulan Blackpink, Rose menjadi bualan hangat selepas dia didakwa mengambil dadah menerusi satu gambar yang tersebar baru-baru ini.
Dakwaan itu dibuat selepas seorang individu memuat naik satu foto menampilkan beberapa selebriti hadir ke kediaman mewah milik salah seorang pereka fesyen dan usahawan, Eva Chow yang terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Menerusi gambar yang dimuat naik pada 11 April itu, Rose dilihat duduk di meja penuh hidangan air bersama makanann-makanan lain termasuk bahan terlarang seperti yang didakwa netizen.
Berikutan isu itu, agensi pengurusan Blackpink, YG Entertainment memandang serius tuduhan palsu tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihka yang memfitnah artis mereka.
“Kami akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang telah mencalarkan reputasi, imej dan privasi artis kami.
“Saat ini kami sedang memerhati siapa yang memulakan berita tidak benar ini dan tidak akan menyelesaikannya tanpa melalui undang-undang,” kata YG memetik kenyataan media mereka.
Selain Rose, Blackpink yang popular dengan lagu Kill This Love dan Pink Venom itu turut dianggotai Lisa, Jennie dan Jisoo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.