Gara-gara melakukan ‘prank’ bersama isterinya, super model Hailey Baldwin yang kononnya sedang berbadan dua, penyanyi pop, Justin Bieber akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka atas khilafnya itu.
Difahamkan, permohonan maaf tersebut dibuat Bieber menerusi Instagram selepas mendapat kritikan dari para peminatnya seluruh dunia.
Rata-ratanya mendakwa penyanyi lelaki itu tidak sensitif terhadap golongan wanita selain seperti mempersenda mereka yang sukar mendapatkan cahaya mata
Pemohonan maaf daripada penyanyi berusia 25 tahun itu antara lain tidak bermaksud untuk menyakiti perasaan mana-mana pihak.
““I didn’t at all mean to be insensitive to people who can’t have children. A lot of people I know, their first go to prank on April fools is telling their parents they are pregnant to get a big reaction. But I will apologize anyway and take responsibility and say sorry to people who were offended. I truly don’t want anyone to be hurt by a prank..,
” tulis Bieber.Bieber sebelum ini ada berkongsi foto yang merakamkan aksi isterinya yang seperti sedang diperiksa beberapa staff perubatan dan tidak lama kemudian, dia berkongsi foto hasil ujian hasil USG yang dilampir bersama gambar seekor anjing.
Menyifatkan ia sebagai gurauan, namun ia nyata silap apabila kebanyakan mengkritik teruk posting berkenaan.
Foto: Instagram Justin Bieber