
Penyanyi, Lan Solo memaklumkan kedai serbaneka miliknya yang terletak di bandar Puchong, telah dirompak oleh penjenayah.
Menerusi hantaran di Instagram, Lan memohon orang ramai memberi maklumat dan informasi sekiranya ada melihat insiden tersebut berlaku.
Dalam pada itu, bekas vokalis kumpulan Kristal ini memberitahu akan mengambil tindakan dan membuat laporan polis berkaitan kes berkenaan.
“MINTA BANTUAN WARGA PUCHONG. KEDAI KAMI DIROMPAK
“LELAKI INDIA INI TELAH MEMAKSA STAFF KEDAI SAYA SERAHKAN DUIT SALES.
“JIKA TERJUMPA LELAKI INDIA INI, TOLONG DAPATKAN MAKLUMAT DIRI & KENDERAAN YANG DIGUNAKAN.
“TERIMA KASIH.Report kami menyusul,” tulisnya. Lan turut memuat naik rakaman CCTV yang dipercayai individu yang terlibat.
Gambar
Hantaran yang dimuat naik Lan menerima reaksi pelbagai wargaet yang rata-ratanya meminta Lan untuk terus membuat laporan polis dan tidak kurang yang menyifatkan ia dugaan di dalam mencari rezeki.
Sekadar infomarsi, kedai serbaneka milik Lan, Solo Borneo Mart menyediakan pelbagai barang jualan daripada Sabah dan Sarawak untuk dijual pasaran Semenanjung Malaysia.
Foto: Instagram Lan Solo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Percaya Kepada Bercinta Selepas Nikah,” – Zul Ariffin Tak Mahu Bercinta Lama, Ingin Halalkan Hubungan

Kecoh sejak semalam apabila pelakon sasa, Zul Ariffin mengumumkan dirinya bakal berkahwin tahun hadapan dengan wanita yang belum mahu didedahkan identitinya.
Meski belum bersedia untuk berkongsi siapakah gerangan wanita yang bakal disuntingnya sebagai permaisuri hati, namun Zul mengakui wanita berkenaan adalah bukan Melayu.
“Saya hanya nak kongsi, yang saya mahu mendirikan rumah tangga. Tak mahu lagi bercinta lama-lama. Kita semua meningkat dewasa dan pengalaman mengajar.
“Saya mahu jadikan ikatan itu halal, dengan berkahwin,” akui Zul yang sudah pun berjanji kepada peminat untuk tidak akan merahsiakan sebarang berita gembira melibatkan status dirinya pada masa depan.
“Atas faktor tersebut, kami ambil pendirian untuk tidak terlalu terburu-buru kerana saya tidak mahu si dia memeluk Islam hanya untuk berkahwin,” jelasnya.
Ditanya mengenai sama ada dia percaya dengan ungkapan ‘bercinta selepas nikah’, Zul mempunyai jawapannya sendiri.
“Itulah yang sepatutnya. Saya percaya kepada situasi itu lebih-lebih lagi dalam budaya dan agama kita. Saya dah lalui macam-macam tetapi saya tidak pernah menyesali dengan apa yang berlaku.
“Alhamdulilah, saya kini nak kahwin sajalah. Saya mahu jadikan hidup ini lebih baik seterusnya berkahwin. InsyaAllah tahun depan,” terang Zul.
Terdahulu, Zul ditemui media pada majlis Tayangan Gala Filem Sangkar di e@Curve Damansara pada Rabu.
Selain Zul, turut sama menjadi penggerak kepada filem hebat ini ialah Remy Ishak, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Sangkar turut mencipta sejarah tersendiri kerana diterbitkan empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) ini di pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos depan. Memang terbaik!
Foto: Instagram Zul Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pasangan Kekasih? Saya Tak Boleh Iyakan,” – Sherie Merlis Hargai Persahabatan Dengan Hasnul Rahmat

Isi Kandungan
ToggleDilihat makin akrab bersama, pelakon Sherie Merlis menyifatkan bahawa hubungannya bersama aktor, Hasnul Rahmat tidak lebih daripada sahabat baik.
Menurut Sherie atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal Kassim, bukan mudah buat seseorang pelakon untuk mempunyai sahabat baik berikutan komitmen kerja yang sangat sibuk.
Namun, dia menghargai persahabatan yang terjalin selain menganggap Hasnul sebagai seorang rakan yang memahami.
Hargai Hubungan
“Saya dan Hasnul hanya berkawan. Sebagai pelakon, perkara yang paling menyedihkan ialah kita susah nak mencari kawan.
“Bila kita rapat dengan seseorang, pada permulaannya kita akan mudah berjumpa. Kemudian, kita akan kembali sibuk dengan penggambaran yang memakan masa berbulan-bulan.
“Itu membuatkan orang berasa bosan. Bila lagi mereka boleh berjumpa dengan saya. Mereka mungkin boleh datang ke set tapi saya perlu bekerja 24 jam. Macam mana mereka nak tunggu?
“Bila nak rapatkan kembali hubungan itu jadi agak susah. Orang tak boleh nak menunggu dan banyak aktiviti kita tak boleh buat bersama,” katanya kepada MH.
Sherie berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Bisikan Dosa di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Isnin.
Katanya lagi, dia dan Hasnul sangat memahami jadual kerja masing-masing dan mereka tiada masalah jika lama tidak berjumpa.
“Bila saya bersama dengan Hasnol, dia adalah seorang kawan yang baik. Kami sentiasa menyokong antara satu sama lain. Ada juga masa yang kami tak dapat nak berjumpa kerana sibuk dengan jadual masing-masing.
“Namun, kita faham situasi masing-masing,” katanya lagi.
Bakal Ada Hubungan Serius?
Ditanya sama ada dia dan Hasnol mempunyai perancangan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius, ini reaksi Sherie;
“Terima kasih kerana bertanya soalan ini terus kepada saya dan bukan dengar daripada orang lain. Nak kata kami ada hubungan seperti kekasih, saya tak boleh nak mengiyakan.
“Anda perlu bertanya kepada Hasnul juga. Ia tidak adil kalau saya main cakap sahaja. Kami belum sampai tahap nak mencari publisiti dengan isu sebegini.
“Hasnul adalah antara pelakon lelaki yang rapat dengan saya. Saya juga ada berkawan dengan pengarah dan penolong pengarah. Mereka sahaja yang faham saya. Tak call pun mereka tak kecil hati,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sherie akui menghargai persahabatannya bersama Hasnul yang bertahan sehingga hari ini.
“Perkenalan kami bukanlah sejak dari awal bergelar artis tapi sebelum saya berkahwin. Namun, ketika itu, Hasnul sudah ada girlfriend. Kemudian, berkahwin dan cerai. Kami tetap berkawan.
“Ketika ini, susah untuk mencari kawan baik. Sesiapa yang sanggup bertahan menjadi kawan saya, saya hargai sangat pengorbanan mereka,” akhirinya.
Untuk rekod, Sherie pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel pada 1992 namun bercerai lima tahun selepas mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Habib Daniel dan Harith Daniel.
Sherie kemudiannya bernikah dengan penerbit muzik Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau lebih dikenali sebagai Ash pada 2 Januari 2012.
Bagaimanapun, pasangan ini difahamkan sudah berpisah pada Disember 2023 selepas Ash memuat naik hantaran memberitahu dia kini bergelar bapa tunggal.
Sherie dan Ash dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Kaseh Anaqah dan Tengku Areef Bolkiah As Syafiee
Selepas Sherie kembali solo, tular dakwaan mengatakan dia dan Hasnul sedang menjalin hubungan cinta kerana sering dilihat keluar bersama.
Dalam perkembangan lain, Sherie bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Bisikan Dosa yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 9 Januari ini.
Selain Sherie, Bisikan Dosa turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Farid Kamil, Sara Ali, Uqasha Senrose dan Juliana Evans.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Al-Fatihah… Ibu Pelakon Riezman Khuzaimi Meninggal Dunia – “Saat Itu Tiba Jua, Allah Lebih Menyayangi Bondaku.”

Pelakon senior, Riezman Khuzaimi memaklumkan khabar duka apabila ibunya Siti Fauziah Wan Sheikh telah menghembuskan nafas terakhir pada 6.45 petang Ahad.
Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon berusia 51 tahun berkongsi berita tersebut seterusnya mendoakan agar segala dosa arwah ibu diampunkan Yang Maha Esa.
“Saat itu tiba jua, Allah lebih menyayangi Bondaku Siti Fauziah Binti Wan Sheikh, jam 6.45 petang sekejap tadi menghembuskan nafas terakhir di alam ini dengan kaliamah syahadah di bibirnya.
“Moga amalan arwah Mak dan anak2 yg Soleh menjadi penemannya di alam barzakh sana. Semoga ALLAH Ampun kan lah segala Dosa2 Mak, serta Tempat kan Mak bersama2 di kalangan orang2 yg Beriman,” tulisnya.
Riezman turut menjelaskan jenazah Allahyarhamah dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.
“Man Minta Ampun Segalanya. Dan Tiada Akan Putus Doa dari Anak Mu ini mak.. Semakin Rindu BondaKu.. Man akan Sentiasa Rindu Makz
“Esok pagi jam 7.30am akan mandi jenazah Bonda di Masjid Bukit Antarabangsa, doakan untuk arwah Bonda saya. Al Fatihah,” tulisnya lagi.
Serentak dengan itu, rakan artis serta peminat turut menzahirkan ucapan takziah kepada Riezman seisi keluarga.
Foto: Instagram Riezman Khuzaimi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI