
Kontroversi perkahwinan bekas jurulatih Liga Super sekali lagi panas apabila berlaku pergaduhan membabitkan dua isterinya semalam.
Difahamkan pergaduhan itu berlaku di restoran di Shah Alam kerana perselisihan faham antara mereka berdua, petik Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam),” katanya.
Terdahulu, akhbar sama sebelum ini melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 50-an masih lagi laku selepas berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.
Wanita yang dikahwini dikhabarkan seorang artis yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Bukan Artis Yang Suka Kipas Produser’,”- Lia Natalia

Pelakon Lia Natalia akui tidak pernah memilih jalan mudah dalam karier lakonan untuk meningkatkan populariti dirinya.
Menurut Lia, dia bukan seorang artis yang suka kipas penerbit demi untuk membuatkan dirinya lebih dikenali dalam dunia lakonan.
Lia atau nama sebenar Alia Afiqah Abden menjelaskan, dia mahu peminat dan penerbit mengenali dirinya lebih melalui bakat yang dimiliki.
“Eh tak lah, Lia bukan artis yang suka kipas ‘producer’, saya bukan artis yang macam tu, Lia bukan macam tu walaupun hakikatnya situasi tersebut memang wujud dalam industri lakonan.
“Tapi itu semua terserah kepada individu masing-masing, tapi Lia memang tidak akan memilih cara tersebut.
“Bagi Lia, rezeki itu semua dari Tuhan, kalau macam orang cari kita and watak tu memang untuk Lia, itu lah yang dinamakan memang rezeki lah.
Video Interview
Pelakon yang berusia 27 tahun itu berkata walaupun karier seni dirinya bergerak agak sedikit perlahan, namun Lia tetap bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
Terdahulu, Lia telah hadir di majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Hotel Concorde, Shah Alam yang dianjurkan oleh Watie Collections, semalam.
View this post on InstagramA post shared by Lia Natalia (@lia_natalia) on
View this post on InstagramA post shared by Lia Natalia (@lia_natalia) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Yang Tak Makan & Minum Air Paip Sahaja, Tapi Tak Siapa Tahu,” – Danial Zaini Kongsi Rezeki, Nafi Beri Bantuan Untuk Raih Populariti

Pelawak dan penyampai radio, Danial Zaini mengakui dirinya tidak dapat tidur lena lebih-lebih lagi bila memikirkan mengenai nasib mereka yang kurang bernasib baik ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) ini.
Jelas Danial, ada di antara kita yang terpaksa mengikat perut gara-gara kekurangan wang untuk membeli barangan keperluan.
Lantaran itu, atas dasar perihatin, Danial memaklumkan dia bersama sebuah badan kebajikan telahpun berbesar hati untuk menyumbang beberapa pek berupa barangan keperluan asas buat mereka yang betul-betul memerlukan.
“Assalamualaikum segala puji bagi Allah.
Hari-bari dok pikiaq sejak pkp ni mesti ada ramai yang ikat perut tak makan beras abih semua. Saya dapat banyak sangat dm yang mintak bantuan.
“Saya mintak maaf sangat-sangat tak dapat penuhi permintaan semua. Saya dan @pertubuhangenerasimuafakatmy bantu takat mana kami boleh tolong InsyaAllah,” tulisnya.
Menafikan usaha tersebut hanya dibuat untuk mengejar populariti, penyampai radio Era itu memberitahu, dia sebolehnya mahu inisiatifnya itu menjadi ikutan agar tiada lagi pihak yang akan menderita akibat kelaparan
“Bukan saya nak kejar publisiti nak bagitahu sana sini saya bagi bantuan. Tidak. Seboleh-bolehnya kita nak buat dengan ikhlas sebab Allah. Cuma saya tak mampu nak bantu yang tinggal jauh-jauh.
“Risau ada yang masih ada di kalangan kita yang tak makan berminggu-minggu minum air paip ja. Tapi tiada siapa tahu.
“Segan nak naikkan bendera putih. Saya mintak tolong pada semua sila tengok-tengok kan jiran masing-masing di kawasan masing,” jelasnya lagi.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh juara Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-2 itu menerusi sebuah entri yang dikongsikan di laman Instagram.
Dikesempatan itu, Danial turut menyeru kepada semua pihak untuk turut sama berkongsi maklumat kepadanya mengenai mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.
“Kalau ada yang tak makan bil air kena potong dan sebagainya harap sangat bantu mereka atau tolong bagitaw saya dan @pertubuhangenerasimuafakatmy InsyaAllah kami akan bantu dan tolong termampu kami.
“Kalau ada rumah yang terputus bekalan makanan boleh dm saya terus atau boleh whatsapp di 0106536464 @pertubuhangenerasimuafakatmy,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Danial akan sentiasa dimurahkan rezeki.
“Allahuakbar, semoga bertambah lagi rezeki kau brother.
“Semoga segala usaha baik awak diberkati Allah.
“Alhamdulillah, terima kasih. Moga Allah limpahkan rahmat kepada seluruh keluarga Danial.
“Semoga terus membantu orang susah Danial. Banyak memberi, banyak Allah bagi nanti,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Danial Zaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Azal Siap Catit Nama Pemenang Olimpik,” – Zarina Zainuddin Kongsi Gelagat Anak Syurganya, Netizen Puji ‘Dah Ganteng Bijak Pula’

Bahang sukan Olimpik Tokyo 2020 dirasai pencinta sukan selurih dunia, termasuk anak selebriri Zarina Zainuddin, Muhammad Raizal Azrai.
Zarina memaklumkan anak bujangnya yang kini berusia 25 tahun itu akan mencatat nama atlet yang berjaya memenangi pingat di kejohanan bertaraf dunia itu.
“Azal siap catit kan nama pemenang Olimpik,” tulis Zarina.
Menerusi video tersebut, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu secara spontan bertanya siapakah atlet negara yang berjaya memenangi pingat dan dijawab lancar Azal.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya memuji keupayaan Azal selain menyifatkan anak istimewa itu seorang yang bijak. Antaranya;
“Salam dari Indonesia bang Azal… MasyaAllah cutenya bang Azal.”
“Subhanallah, bijaknya!”
“Pandailah Azal. Take care puan dan anak-anaknya. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT.”
“Terbaik Azal, acik pun tak buat macam tu.”
“Bang Azal dah ganteng, bijak pula.”
“MasyaAllah anak syurga ni… Cerdik dan menghiburkan.”
“Hebat Azal, boleh jadi pengulas sukan.”
Media pada Mei lalu ada melaporkan kesediaan Zarina untuk menerima mana-mana wanita yang sudi mendekati anak lelakinya itu.
Malah dia juga sedia membayar gaji kepada mana-mana wanita yang sanggup berkahwin, menjaga, mengurus serta membahagiakan Azal.
Pendirian tersebut dikongsikan Zarina selepas Azal pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI