Sejak beberapa hari lalu, isu mengenai poligami sememangnya hangat diperkatakan di seluruh platform media sosial.

Antara yang turut sama berkongsi pandangan mengenai poligami ini termasuklah pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang.

Menurut Michael, suami berbangsa Cina juga ada mengamalkan sistem poligami meskipun ia bertentangan dengan undang-undang di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Dalam kaum Cina, poligami tidak dibenarkan dalam undang-undang Malaysia tapi banyak sahaja jantan cina yang mempunyai lebih daripada satu isteri.

“Satu sahaja yang sah di mata undang-undang. Yang lain tak sah,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengarah drama, Perempuan Tanpa Dosa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Michael turut berpandangan isteri pertama biasanya akan kekal setia meskipun selepas suami merek berkahwin lain.

“Selalunya isteri pertama akan bersabar dan ikut kehendak isteri yang baharu. Tapi akhirnya bila laki itu sudah terlantar atas katil sakit atau jatuh bankrup, isteri pertama juga yang pungut dan jaga lelaki itu.

Ads

“Ini salah satu kisah benar dalam keluarga saya,” kongsinya lagi.

Hantaran Michael itu nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pelakon terkenal, Nad Zainal.

“Kedua & Ketiga Takkan Sama…,” – Nad Zainal

Menurut Nad, para suami tidak akan pernah mendapat kasih sayang dan keikhlasan yang sama seperti isteri pertama sekiranya mereka memutuskan untuk berkahwin lain.

“Kedua & Ketiga Takkan Sama…,” – Nad Zainal

Ads

Namun, reaksi berbeza yang ditunjukkan oleh seorang individu yang menyatakan kenyataan tersebut hanyalah sekadar ingin menyedapkan perasaan.

“Kedua & Ketiga Takkan Sama…,” – Nad Zainal

Lalu, isteri kepada pelakon Ungku Ismail itu membalas semula komen tersebut dengan mengatakan wanita yang baik tidak akan sesekali merampas kebahagiaan orang lain.

“Kedua & Ketiga Takkan Sama…,” – Nad Zainal

Ads

“Tak kisahlah tak cantik pun. Yang penting baik dan bukan penyondol atau gelenyar,” balas Nad.

Terdahulu, isu poligami ini tercetus selepas tular di media sosial sepotong video memaparkan tindakan
seorang suami yang memuat naik video khas bagi menghargai isteri pertamanya kerana memberikan keizinan untuk berkahwin lagi.

Terdahulu Nad mengumumkan selamat mendirikan rumah tangga bersama Ungku pada tanggal 23 Januari.

Nad pada September tahun lalu mengejutkan ramai apabila mengakui sah bercerai dengan Muhammad Faliq Amiruddin yang dikahwini sejak 18 September 2015.

Sepanjang perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang & Nad Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI