Pelakon dan pengacara popular, Neelofa meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan segelintir pihak yang gemar mempersendakan kanak-kanak istimewa yang dikenali dengan nama, Puteri Bulan di aplikasi Tik Tok.
Menurut Neelofa, orang ramai tidak sepatutnya mengganggu gadis tersebut kerana apa yang cuba dia lakukan hanyalah untuk menghiburkan diri sendiri selain turut menyebar kebaikan.
“Sad that she has to face all these negativity when all she’s doing is just spreading positivity and having fun.
“Keep doing you Puteri Bulan! Give nothing but good vibes!” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Next To Neelofa itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Neelofa selain turut mengkritik individu yang mempersendakan gadis istimewa tersebut.
Terdahulu, Puteri Bulan merupakan seorang gadis kelainan upaya (OKU) yang popular di aplikasi Tik Tok dengan jumlah pengikut hampir 58,000.
Sumber: Twitter Neelofa