Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.
Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan disusun oleh Mac Chew itu menjadi single pertama menerusi album ke-11 Dayang yang berjudul Janji.
Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aishah Omar, 42, menyifatkan Dayang sebagai penyanyi yang sentiasa bekerja keras untuk peminatnya.
“Congratulations My Queen (Dayang), My friend that always working hard for us who loves her!.
“Album Janji dari Dayang Nurfaizah sudah mulai boleh didengar di seluruh digital platform,” kongsi Misha.
Dedikasi tersebut diluahkan penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu menerusi Instagram Story miliknya, pada Jumaat.
Misha Omar pada masa sama turut meluahkan rasa sayang dan kagumnya terhadap Dayang sambil menyeru agar terus menjadi inspirasi kepada ramai.
“Keep on inspiring us , Dayang! Kamek sayang kitak,” tulis Misha dalam kapsyen yang mencuri perhatian peminat.
Malah rata-rata peminat termasuk rakan artis turut menyatakan rasa teruja mereka atas pelancaran album yang mengandungi 13 buah lagu itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial Genap 25 tahun cipta reputasi baik dalam industri muzik, Dayang Nurfaizah, tampil dengan album studionya yang ke-11, Janji. Ia melambangkan komitmen padu Dayang buat para peminat dan dirinya sendiri, berjanji untuk tidak akan pernah menyerah, sebaliknya terus mahu menyajikan muzik terbaik. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan